Pada saat
ini memang aku tak tahu nak berayat macam mana sangat, tetapi yang mampu aku
ungkapkan dalam perkataan adalah bahawa pada waktu kita nak berpisah tempoh hari,
aku terasa amat sebak. Walaupun mungkin di mata kamu semua, tidak kelihatan
yang aku hampir ingin menangis bagai seorang gadis dara ditinggalkan boypren,
gara-gara aku rasa malu takut dilabel diva pula, namun hakikatnya memang pada
waktu kita bersalaman dan berjabat tangan dan berpeluk-pelukan dengan penuh
kasih sayang dan doa-doa untuk antara satu sama lain, aku terasa sangat-sangat
sedih. Seakan-akan dada aku menyempit dan udara yang terkandung dalam paru-paru
aku dengan tidak semena-mena keluar sekaligus membuatkan aku rasa seperti tidak
bisa bernafas dengan baik.
Walaupun
aku tak menunjukkannya, walaupun aku tak selalu ungkapkannya, aku amatlah
bersyukur kepada Allah dipertemukan dengan ikhwah-ikhwah yang sangat baik dan
sangat bersemangat dalam jalan yang memang amatlah baik ini. Waktu aku dapat
tahu bahawa kita ada program yang dapat kita bertemu, hati aku melompat-lompat
kegembiraan, dan perasaan rindu itu tiba-tiba timbul di dalam lubuk hati aku
ini. Aku tidak sedar bila dan bagaimana boleh muncul perasaan sebegini, tetapi
aku sudah mula faham apa rasanya ukhuwah, aku sudah mula faham apa rasanya
kasih sayang antara satu sama lain hanya kerana Allah.
Aku
bersyukur, kemanisan itu aku dapat rasai. Dan paling aku bersyukur juga, aku
rasa aku nak tetap di jalan ini. Aku nak cuba sedaya upaya dalam jalan ini. Aku
nak hidup di atas jalan ini. Mudah-mudahan. Allah sentiasa bersama kita.
No comments:
Post a Comment