"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang mukmin bahwa sesungguhnya bagi mereka karunia besar dari Allah." (33:47)
Kalau ada beberapa tiket free menonton wayang, hasil dari cabutan bertuah ataupun sebagai satu hadiah daripada orang, sudah tentu kita akan langsung sahaja menelefon sahabat yang paling rapat dan memberitahu mereka tentang berita gembira itu serta mengajak mereka sekali untuk turut dengan kegembiraan.
Tidakkah zalim kita hanya simpan kegembiraan itu untuk diri kita sendiri? Tidak zalimkah kita hanya nak kegembiraan untuk diri kita sendiri dan bukan untuk sahabat-sahabat kita yang lain?
Sahabat-sahabat aku yang lain semuanya ada hak untuk tahu berita gembira ini dan sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menyampaikan berita gembira supaya semua orang boleh bergembira pada akhirnya. Memang zalim jikalau aku memilih orang, memang zalim jikalau aku menyimpannya untuk diri aku sendiri.
Makanya dengan itu, aku juga ingin memberitakan berita gembira ini kepada semua. Aku mohon, janganlah menafikan diri aku ini, janganlah menolak permintaan aku, dengarkanlah untuk sejenak waktu, luangkan masa sebentar untuk mencapai kegembiraan selama-lamanya. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment