Monday 5 November 2012

Silence.

Dikatakan bahawa seorang lelaki ada kuota patah perkataan yang boleh dia tuturkan dalam satu hari. Maksudnya di sini ada had dalam berapa patah perkataan untuk seorang lelaki perkatakan dalam satu hari. Seperti ada had untuk mengeluarkan duit dari mesin atm dalam satu hari, dan juga seperti ada had untuk simpan bahan-bahan bacaan/ movies/ lagu dalam satu harddrive, maka juga diertikan disini bahawa ada batas untuk perkataan yang boleh/mahu dikatakan oleh seorang lelaki.

Ini merupakan satu kajian ilmiah, katanya. Fakta.

Kadang-kadang itu, benar juga aku rasa perkara ini. Seringkali aku bertemu satu waktu dimana aku lebih rela senyap dan malas nak keluarkan apa-apa pernyataan dari mulut aku sendiri. Malas.

Dan juga, kadang-kadang itu, ada baiknya kita senyapkan diri kita. Bisu kan suara kita. Dapat dikurangkan dosa mulut yang selalu kita tidak ambil endah. Kita tak perasan berapa banyak dosa mulut yang kita dah lakukan.

Kita tak tahu siapa yang terguris hati dengan apa yang telah kita nyatakan. Kita tak tahu berapa banyak yang berasa hiba dan hina atas apa yang kita ucapkan. Kita tak tahu berapa banyak salah bicara, fakta palsu, buah fikiran yang tidak bermanfaat yang telah kita kongsikan dengan orang lain yang tidak mendatangkan apa-apa faedah whatsoever.

Maka, lebih baik berkata benar atau diam. Fal yakul khairan auliyosmut. Diriwayatkan Bukhari dan Muslim.

No comments:

Post a Comment