Sunday, 10 April 2011

Dakwah perlukan kita ke atau kita perlukan dakwah?

Nak cerita serba-sedikit pasal dakwah ini. Sebenarnya, secara overall, kalau kita lihat, Sunnah terbesar Rasulullah S.A.W. adalah...

Jeng, jeng, jeng: Berdakwah.

Kenapa? Apa dalilnya?

Kita review balik sejarah dan apa yang telah dilakukan oleh Baginda. Sepanjang hidup Rasulullah S.A.W., apa yang baginda telah lakukan adalah dakwah. Baginda pun merupakan walking Al-Quran, dan di situ bukan maksudnya hanya dia hafal kalimah-kalimah Allah yang diturunkan kepada baginda untuk disampaikan kepada kita, tetapi malahan, apa Rasulullah S.A.W. buat, bercakap, sunnah baginda, merupakan cermin kepada Al-Quran, yakni apa yang Allah perintahkan.

Contohnya, salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. adalah seperti berikut:
"Sampaikan olehmu dariku walau sepotong ayat" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Sedangkan dalam AL-Quran ada mengatakan:
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata "Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)?"- Fussilat (41:33)
 Boleh nampak dengan jelas kan ada hubungan antara dua-dua itu. Allah telah berfirman dalam ayat di atas, sesiapa yang menyeru atau mengajak berbuat kebaikan di jalan Allah, tiada bandingan dengan perkataan yang tidak atas dasar untuk Allah. Dan sabda Rasulullah S.A.W. di atas itu pun dah terang-benderang cakap, apa-apa sahaja yang Rasulullah pernah menyampaikan, sampaikanlah kepada yang lain, walau sepotong ayat sekalipun. Kedua-dua itu merupakan satu bentuk dakwah.

Senang sahaja dakwah ini, bukannya susah. Tak ada apa-apa pun yang menakutkan atau menggerunkan atau menyesatkan pun pasal dakwah. Siapa kata? Kenapalah nak berpaling daripada orang yang berdakwah, yakni orang yang misalnya ajak solat atau mengingatkan untuk solat. Itu pun dah kira berdakwah. Benda-benda simple pun boleh dipanggil berdakwah. Kejutkan subu bangun solat, berdakwah juga tu. Ni aku tulis blog ni, ini pun dah berdakwah dah. Tapi bukan tertakluk kepada bahagian solat sahaja, ini cuma contoh senang yang aku terfikir sekarang. Banyak lagi contoh.

Kenapa perlu berdakwah?

Dakwah merupaka satu cara untuk tarbiyah. Dari apa yang aku faham, tarbiyah ini macam belajar, tapi bukan belajar semata-mata. Mungkin lebih kepada memantapkan iman dan sebagainya. Banyak maksud tarbiyah, dan jangan percaya bulat-bulat pemahaman aku, cari sendiri apa maksud sebenar, aku bukan pakar bahasa Arab sangat. Tanpa tarbiyah, maka iman kita tidak akan mantap. Kan ternyata bahawa iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang. Jadi, kalau kita tidak mentarbiyahkan diri kita ini, maka, bukan nak kata apa, cuma dari pengalaman diri sendiri, iman itu akan tetap berada di bawah. Takkan naik-naik bertambah. Tak rasa bersemangat, dan kalau tak bersemangat, maka ibadaha pun mungkin terjejas juga. Percayalah.

 Sebab itulah, kalau ada apa-apa acara yang berbentuk Islamic, sebaik-baiknya kita turut serta, walaupun sebenarnya waktu itu malas ke atau penat ke. Siapa tahu, insyaAllah nanti tiba-tiba habis selesai daripada acara itu, bertambahlah iman kita. Bertambahlah semangat kita, keikhlasan kita untuk melaksanakan ibadah dan dakwah kerana Allah.

Dan sebenarnya, dakwah ini, haruslah mengikut kemampuan. Bukan satu paksaan pun suruh jadi ustat, ulama lepas tu kasi ceramah dalam forum, ulas tentang isu dan keluarkan fatwa. Sesungguhnya tidak perlu sampai begitu rupa. Tapi kalau berniat nak sampai tahap itu, dipersilakan dan malah it is encouraged.

Berbalik kepada akar topik yang hendak dibincangkan. Kalau tengok pada tajuk, "Dakwah yang perlukan kita atau kita yang perlukan dakwah?", yang mana satu agaknya pilihan bagi kita?

Kan baru-baru ini (tak adalah baru sangat) banyak kes golongan riddah di Malaysia. Rasa-rasanya mereka murtad ini kenapa? Sebenarnya banyak faktor, tetapi sudah tentulah antara salah satu sebab adalah kurang didikan agama bla bla bla. Kurang didikan agama sebab apa? Kurang tarbiyah, dan tarbiyah nak dapat daripada mana? Daripada subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah. Rasa-rasanyalah, subjek PAI itu mentarbiyahkan kita ke? Aku bukan nak burukkan ustat atau ustazah, aku cuma nak cakap bahawa kalau tarbiyah di sekolah, bagi aku secara personally, tak sampai ke hati tarbiyah itu.

Sebab itulah kena ada dakwah, banyak cara. Bukan satu cara itu sahaja yakni di sekolah. Dakwah oleh kawan-kawan, guru-guru, ibu ayah, dan sesiapa sahajalah. Melalui dakwah, kalau buat betul-betul dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah dapat membentuk peribadi Muslim yang mantap. InsyaAllah. Maka insyaAllah tidak terjadi muslim-muslim yang murtad atas sebab pegangan yang kuat.

Kalau nak tahu, di Malaysia itu belambak kes-kes murtad dan yang seangkatan dengannya. Tapi kalau nak tahu lagi, di Eropah itu, banyak sahaja kes-kes orang masuk islam. Bilangan orang islam, sebenarnya semakin bertambah, atas usaha-usaha dakwah yang giat di barat.
Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Mahakuasa atas segala sesuatu. -At-Taubah (9:39)
Daripada Firman Allah di atas ini, kita boleh lihat apa yang cuba disampaikan.

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, daripada potongan ayat itu, berperang itu, kalau kita bandingkan dengan konteks diri kita sekarang sebagai seorang Dai'e iaitu sebagai seorang pendakwah, perkataan "berperang" itu bererti berdakwah. Nescaya Allah akan menghukum dengan azab yang pedih. Maka dah menjadi satu kewajiban ke atas kita, seorang Dai'e, untuk berperang, yakni berdakwah, kalau tidak, ia merupakan satu dosa dan akan mendapat balasan yang pedih. Bukan itu sahaja. Dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, itu dalam erti kata lain, kalau kita tidak berdakwah, orang lain yang akan ganti tempat kita dan berdakwah untuk Allah dan Allah takkan rugi apa-apa pun kalau kita tak berdakwah.

Maka, teramatlah rugi bagi kita kalau tidak berangkat untuk berperang. Dah lah mendapat azab yang pedih, kemudian tak dapat tarbiyah melalui dakwah, sama ada kita dakwah kepada orang, atau orang lain dakwah kepada kita. Tanpa dakwah, iman kita kurang dan tup tup tup, hah, kes banyak murtad di Malaysia. Padahal, banyak sahaja kes orang Eropah masuk islam. Jadi nampak di situ, Allah menggantikan kita dengan kaum yang lain. Jadi siapa yang rugi?

Akhir kata, adakah kita yang perlukan dakwah atau dakwah yang perlukan kita?

No comments:

Post a Comment