Monday, 18 April 2011

Creative output.

Dulu creative outlet aku adalah untuk diri aku sahaja. Aku tangkap gambar, edit-edit gambar, upload dalam laman-laman sosial untuk meraih puji-pujian dan juga sumpah seranah. Semuanya memang ternyata sebab aku nak menunjuk-nunjuk betapa kreatif aku ini, walaupun bergelar seorang pelajar daripada barisan bidang sains.

Kini, mungkin, aku nak cuba perlahan-lahan untuk ubah creative outlet aku untuk Allah. Bukan maksudnya aku nak edit-edit gambar  lepas tu tunjuk kat Allah. Sama sahaja seperti dulu, nak upload dalam mana-mana laman sosial untuk tatapan umum. Namun, bukan untuk meraih sumpah seranah atau puji-pujian, walhal adalah untuk menunjukkan bahawa sedangkan Allah dah beri kita Akal dan bermacam-macam lagi nikmat. Antaranya adalah kreativiti. Maka, apa salahnya aku gunakan kreativiti untuk menarik orang. Tak bukan?

No comments:

Post a Comment