Dulu, pada waktu aku masih naif dan daif, perkataan InsyaAllah itu bermakna mungkin. Bagi aku perkataan itu hanyalah selalu digunakan pada keadaan aku ditanya soalan atau diminta bantuan, aku tak ada jawapan pada waktu itu maka aku jawab dengan perkataan di atas.
Nanti tolong aku buat sekian sekian dan sekian eh?
InsyaAllah (mungkin).
Boleh tak aku nak minta sekian sekian sekejap?
InsyaAllah (mungkin).
Aku terlalu gunakan perkataan itu sampaikan aku menyalahgunakannya. Sehingga aku terlepas pandang bahawa maksud perkataan itu jauh lebih bermakna daripada apa yang aku sangkakan.
Sekarang, perkataan InsyaAllah itu aku selalu gunakan sampaikan kadang-kadang dengan orang yang bukan beragama Islam pun aku terlepas cakap. Tapi bukan aku menyalahgunakannya. Aku dah faham betul-betul apa maksudnya, insyaAllah. Sebabnya aku dah terbiasa guna dan memang selalu i mean it.
InsyaAllah (dengan izin Allah/ jika Allah mengizinkan).
No comments:
Post a Comment