Sunday, 24 April 2011

Sesuatu yang kelakar.

Manusia kalau diberi segunung emas, nak dua gunung. Manusia kalau diberi betis, nak paha. Manusia kalau diberi penampar, nak kena pedajai (tak adelah, ini rekaan semata-mata).

Nak tahu tak apa yang kelakar? Bagi aku kelakar lah. Sebab ironik, sebab nampak sangat kita ini, banyak nikmat Allah dah kasi, cuma kita tak betul-betul syukur.

Cakap sahaja syukur. Ucap alhamdulillah tu bukan main banyak kali. Tapi entah ye entah tidak, hati itu bersyukur ke tidak, entah ye entah tidak, dari segi perbuatan itu menujukkan apa bukan tahap kesyukuran kita. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Tazkirah kat orang lain ingatkan kepada diaorang betapa bertuahnya mereka, betapa patutnya kita bersyukur, diri sendiri ini, entah ya entah tidak bersyukur betul-betul atau hanyalah pada lidah sahaja.

Kalau betul-betul bersyukur, aku sepatutnya lebih bersemangat lagi. Lebih bersemangat dan lebih ikhlas dalam menyampaikan apa sahaja ilmu yang aku ada kerana kini keadaan sudah melarat, sudah menyebabkan tugas ini menjadi urgent. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang akan melaksanakan tanggungjawab ini. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang memerlukan tanggungjawab ini untuk diri sendiri juga. Siapa lagi yang akan tolong saudara-saudara se-islam kita untuk ingat, untuk mengetahui agama mereka sendiri. Betapa tinggi tuntutan keatas tugas ini. Betapa pentingnya.

Kalau betul-betul bersyukur, berat atau ringan, aku sepatutnya sudah berangkat. Sudah berangkat dan melakukan segalanya sehingga melebihi had. Tak kiralah tengah ada kerja lain ke, tengah ada tanggungjawab lain ke, tidakkah Allah itu prioriti utama kita. Sedangkan Allah telah meletakkan kita sebagai prioriti utama Dia, SIAPAKAH kita pula untuk meletakkan benda lain, perkara lain sebagai prioriti utama selain Allah.

Ingatlah wahai diri sendiri, adakah kau benar-benar bersyukur atau hanya bersyukur pada lidah sahaja. Walau kau ucap banyak mana pun Alhamdulillah tetapi pada perbuatan kau tidak menunjukkan bahawa kau bersyukur, adakah beza dengan kita cakap terima kasih kepada orang yang membantu kita tetapi tidak menunjukkan sifat terhutang budi kita kepada orang tersebut. Tiada bezanya.

Seperti yang aku nyatakan di atas. Manusia, terutama diri aku sendiri, kalau sudah diberi sesuatu, sudah pasti tidak cukup dan mahunya lagi dan lagi dan lagi seperti tiada henti.

Dan yang kelakarnya di sini, pada saat kamu cemburu pada aku di sini, sebenarnya kalian harus tahu bahawa betapa aku cemburu sangat-sangat kepada kalian di sana. Maka secara kesimpulan, kita tidak akan puas selagi kita tidak benar-benar tahu dan faham ertinya untuk bersyukur atas nikmat kita sehingga ia ditarik. Pada waktu itu, tidak lagi berguna kalau baru nak sedar betapa kita patutnya bersyukur atas apa yang ada sebelum ianya tiada.

2 comments:

  1. pedajai itu apaan sih?hehe

    ReplyDelete
  2. ahaha dajai tu dajal, tapi utagha sikit. pedajaikan orang. maksudnya nak kenakan orang lah kot. rasanya.

    ReplyDelete