Semalam sewaktu menemani dan menjaga sebentar seorang akhi di biliknya gara-gara demam panas yang teruk, teringat aku kepada Ibu.
Kemudian terfikir, sebenarnya mungkin bukan ubat yang menyembuhkan kita daripada sakit. Sudah tentulah Allah yang sembuhkan sakit-sakit kita. Tapi apa yang aku nak maksudkan disini, mungkin dikala waktu kita tidak sihat satu badan, siapa yang selalu jaga kita? Mak dan ayah.
Padahal, mereka tak lakukan apa-apa pun dari segi pengubatan dan sebagainya. Apa yang mereka lakukan, adalah curahkan kasih sayang yang tidak terkira jumlahnya ke atas kita. Namun kita tak boleh nampak kasih sayang itu.
Mungkin dia masak bubur, mungkin dia masak lauk kegemaran kita supaya kita selera nak makan, mungkin dia basahkan badan kita, mungkin dia pergi ke kedai beli panadol, mungkin dia selimutkan kita, mungkin dia kemaskan bilik kita gara-gara banyak habuk dan kuman yang boleh memburukkan lagi sakit kita. Banyak lagi yang mereka lakukan. Kita tak sedar. Kita ingat, ubatlah yang sembuhkan kita. Kita ingat, apa yang kita perlukan sebenarnya adalah ubat.
Mungkin ya.
Mungkin juga kita demam, sebab apa yang kita perlukan sebenarnya adalah perhatian, kasih sayang.
Tiba-tiba rasa rindu lah pulak kat ibu dan ayah.
Dalam Islam pun ada garis panduan dalam bab-bab hubungan antara anak dengan ibu bapa.
Contoh yang selalu dengar, Syurga di bawah tapak kaki Ibu. Selain itu, lagu yang kita selalu nyanyi tu, who next your mother itu, sebenarnya datang daripada Hadis Shahih.
Siapa kata Islam ini untuk kat masjid sahaja?
P/S: ucapan ini sungguh comel. Korang mampoo tak?
No comments:
Post a Comment