Tambah lagi dengan masalah dengan orang-orang yang ada perasaan tidak puas hati dengan aku atau yang seangkatan dengan aku. Memang aku tak ada masa nak fikir pasal kamu orang sedangkan kamu orang tak pernah fikir pasal kami orang.
Bukan itu sahaja, dengan pelajaran yang semakin lama semakin susah nak difahami dan susah untuk hafal dan segala macam. Walaupun subjek yang dibelajar adalah subjek yang memang menarik minat, namun, masih memerlukan fokus dan semangat yang tinggi untuk dilalui.
Selain itu dengan keadaan diri sekarang yang memang tidak sihat. Mula-mula batuk, kemudian selesema, lepas itu rasa macam ada demam. Hari ini cirit birit. Macam-macam lah badan aku ni, main-main pula dia ini.
Musibah, dugaan, cabaran, halangan, ujian. Lalui semuanya dengan selalu ingat kepada Allah.
Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak satu pun makhluk bergerak melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sungguh, Tuhanku di jalan yang lurus. -Hud (11:56)
No comments:
Post a Comment