Analoginya seperti ini.
Aku dengan kamu satu rumah. Kau bilik kau, aku bilik aku. Tapi hidup dibawah bumbung yang sama.
Satu malam, rumah terbakar. Aku suka tidur lambat, kau dah lama tidur. Aku perasan rumah tengah terbakar.
Adakah aku perlu kejutkan kau, atau aku keluar sahaja daripada rumah dan larikan diri untuk selamatkan nyawa aku sahaja? Sudah tentulah aku perlu kejutkan kau dari tidur kau dan bawa kau keluar dari rumah jauh daripada kena terbakar.
Inilah persamaannya. Aku haruslah mengingatkan kau, mengajak kau, di samping mengingatkan diri sendiri. Kerana kau masih lagi tidur dibuai mimpi yang memang syiok. Padahal di dunia realiti, rumah terbakar, api semakin marak, tetapi kau masih dibuai mimpi. Aku sudah lama tersedar daripada tidur. Maka, tanggungjawab ini atas bahu aku, bebannya keatas aku. Akulah harus mengejutkan kau daripada tidur kau.
Janganlah salahkan aku. Janganlah marah aku. RUMAH DAH TERBAKAR! Takkan aku nak biarkan kau terbakar. Sudah mestilah aku kena gerakkan kau, sudah mestilah aku kena kacau tidur kau yang enak itu. Kalau tidak nanti kau boleh dakwa aku, kau boleh dakwa aku di mahkamah paling besar nanti bahawa aku ini tidak menjalankan tugas aku untuk kejutkan kau daripada tidur kau.
Analogi rumah terbakar. Kau dengan aku satu rumah. Tapi kau bilik kau, aku bilik aku. Kau amalan kau, aku amalan aku. Kau kubur kau, aku kubur aku. Tapi kita bawah satu bumbung rumah yang sama. Bawah naungan Allah, dalam agama Islam yang sama. Satu ikatan persaudaraan yang sama.
Satu malam, rumah terbakar. Agama kita dikecam habis-habisan. Aku sahaja yang tersedar daripada tidur, aku sahaja yang sedar bahawa kita diserang oleh musuh-musuh Islam yang senyap-senyap serang kita dari segi fizikal mahupun mental. Tetapi kau masih di dalam bilik kau, masih lagi tidur dibuai mimpi yang syiok. Kau masih lagi digoda Dunia yang memang seperti satu taman permainan yang indah dan syiok.
Sebagai tanggungjawab, aku kenalah kejutkan kau daripada tidur kau.
Maafkan aku, kacau tidur kau. Tapi itu semua mimpi sahaja. Bangunlah wahai kawanku kepada realiti. Lihatlah apa yang terjadi sekarang. Rumah terbakar sekarang. Kita tahu siapa yang membakarnya. Adakah kita nak tidur lena dan biarkan sahaja ataupun kita nak bangkit dan lawan balik?!
No comments:
Post a Comment