Jadi seperti biasa, tadi sewaktu ada praktikum di rumah sakit, tiba-tiba ada seorang ahli kelompok buka cerita pasal janggut aku. Dah panjang lah janggut aku, macam kambinglah, tak rata lah, macam-macam lah. Tiba-tiba tersentuh satu topik, dia tanya aku:
Kenapa kamu pelihara jenggot?
Saya mau ikut sunnah.
Bear in mind, insan yang tanya aku ini adalah beragama Kristian. Tapi aku terkejut juga seakan-akan dia tahu juga apa itu sunnah. Namun yang kelakar dan peliknya dan sedihnya, seorang lagi ahli kelompok aku, yang aku tahu memang beragama Islam, dia pula tanya aku:
Sunnah itu yang ikut malaikat ya?
Aku tersentap seketika, dalam hati aku tergelak dan juga sedar betapa perkara ini sudah menjadi perkara yang urgent. Maksud aku urgent di sini adalah, sedangkan dia ini Islam, namun banyak yang dia tidak tahu tentang agamanya sendiri. Banyak yang dia tidak ambil tahu tentang agama dia sendiri. Dia tidak tahu apa signifikasi dia beragama Islam. Aku tak boleh nak salahkan dia juga, mungkin cara dia dibesarkan atau sekeliling dia yang tidak memberangsangkan.
Makanya perkara ini sudah dikategorikan urgent dan sudah menjadi tanggungjawab aku untuk cuba berkongsi ilmu apa yang aku ada, walaupun tidak sempurna, dengan dia. Aku faham, perkara ini bukan senang, lebih-lebih lagi bagi aku ini yang masih baru, baru sedar. Namun, itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk aku tidak berdakwah langsung kepada dia, kepada saudara-saudara aku yang memang sudah dalam keadaan yang melarat. Takkan hanya kerana aku tidak berpengalaman, aku tidak perlu berdakwah kepada mereka. Sudah aku lupakah bahawa dakwah itu penting bukan buat mereka sahaja, malah buat aku juga.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 143:
Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. (2:143)
Menurut ayat ini, Allah telah menjadikan kita umat Islam sebagai umat pertengahan. Pertengahan di sini bermaksud kita menjadi umat perantara di antara Rasul dan manusia lain. Dalam erti kata lain, pada awal-awal wahyu diturunkan, Rasul mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan wahyu itu kepada umatnya yakni kita semua. Dia sampaikan mesej itu kepada para Sahabat, dan para sahabat menyampaikan kepada tabiin-tabiin dan seterusnya lah. Kemudian, tanggungjawab itu terletak atas bahu kita pula untuk menyampaikan Islam itu kepada semua manusia.
Namun, terdapat perbezaan pada zaman Rasulullah dahulu dengan zaman kita sekarang. Kalau bicara tentang zaman Rasulullah dahulu di Mekah dan di Madinah, golongan yang wujud pada waktu itu hanyalah dua golongan iaitu golongan Muslim dan Non-muslim. Maka pada waktu itu, senang sahaja orang nak cam "yang itu Muslim". Sebabnya memang jelas pada waktu ini, muslim yang melaksanakan tanggungjawab mereka di khalayak ramai. Orang boleh nampak.
Muslim itu 1/5 manusia. |
Kalau bandingkan dengan zaman kita sekarang. Muslim dan Non-muslim itu ada. Bukannya tiada. Cuma dalam kelompok Muslim itu sendir, terpecah lagi kepada beberapa golongan. Golongan tersebut adalah Muslim biasa iaitu muslim yang sebenarnya adalah Islam pada IC kad sahaja. Islam pada nama bukan pada perbuatan dan hati. Lebih up sedikit daripada muslim biasa adalah muslim comitted. Muslim ini dah ok, cuma bagi dia, ibadah dia hanyalah untuk diri dia sahaja. Islam itu hanya untuk dia sahaja. pergi solat di masjid, tetapi tidak mengajak orang lain. Beribadah sendirian sahaja. Atas daripada itu adalah Muslim Daie. Muslim Daie ini pula adalah muslim yang sambil beribadah, dia juga berdakwah kerana dia tahu dakwah itu penting dan dakwah merupakan sesuatu yang wajib. Kalau atas lagi daripada dia adalah Muslim Extreme. Extreme di sini tidaklah bermaksud Kamikaze, letupkan diri tidak semana-mena. Itu extreme, tapi entah betul entah tidak extreme ke arah benda lain kot. Kalau di sini yang dimaksudkan adalah lebih hebat lagi daripada Muslim Daie. Namun golongan muslim extreme pada zaman ini tidak mampu nak bertanding dengan golongan muslim pada waktu zaman Rasulullah dan Para Sahabat.
Di dalam kelompok muslim itu sendiri ada subsetnya. |
Kenapa aku cerita benda alah ni?
Tadi aku ada sebut, kita ini adalah umat pertengahan, iaitu umat di antara Rasulullah dengan manusia lain. Dalam erti kata lain, kita menyampaikan apa yang Rasulullah sampaikan kepada kita, kepada manusia lain. Benda ini mungkin lebih mudah pada waktu zaman Rasulullah kerana beza antara Muslim dengan Non-muslim itu jelas. Benteng antara Islam dan yang bukan Islam itu memang crystal clear. Maka fokus mereka untuk berdakwah adalah kepada yang non-muslim. Namun, kalau kita bandingkan dengan zaman kita sekarang, dalam kelompok muslim kita sendiri ada samar-samar dan kabur. Misalnya muslim biasa. Mereka itu Islam hanya pada nama. Jadi mereka tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh dan juga secara jelas lagi. Jadi seperti tiada beza mereka dengan yang non-muslim.
Maka, kalau kita berdakwah kepada yang non-muslim, mereka akan seperti :
"eleh, asal aku nampak ada je muslim yang macam ni..."
"kau ajak aku, tapi aku tak nampak pun apa yang kau cakap tu pada orang muslim..."
...dan sebagainya. Jadi, mereka tidak akan senang dan serta-merta nampak Islam itu apa kerana sekarang ini masih lagi tidak jelas lagi apa itu Islam dan siapa yang mengamalkannya dengan jelas dan menyeluruh. Maka apa yang aku nak simpulkan di sini adalah, walaupun kita bertanggungjawab dalam menyampaikan risalah-risalah Islam, namun pada zaman kita sekarang, fokus kita waktu ini adalah untuk meruntuhkan benteng antara muslim extreme, muslim daie, muslim commited dan muslim biasa. Maksudnya di sini adalah, fokus dakwah kita adalah terhadap muslim commited dan muslim biasa, misalnya, supaya nanti, bila sudah disampaikan, maka nanti Islam itu boleh nampak dengan jelas oleh warga Non-Muslim seperti pada waktu zaman Rasulullah. Apabila sudah sampai titik itu, barulah kita boleh tukar fokus dakwah kita.
"ah kau, sendiri pun macam tu.. inikan pula nak tazkirah orang, boleh blaaa..."
Kalau itulah menjadi alasan untuk kita tidak berdakwah, kerana kita sendiri ini tidak sempurna lagi dari ibadah dan segala macam. Cuba fikir, bilakah kita akan menjadi sempurna? Bukankah kita yang selalu cakap, manusia itu tidak sempurna, selalu buat silap. Nobody is perfect. Maka, kalau begitu, sampai bila kita tak perlu berdakwah? Biar sahaja dunia ini dihumban ke Neraka?
Taukah anda nanti, pada waktu kita di dalam mahkamah terbesar, mereka boleh dakwa kita yang kita ini tidak menjalankan tugas kita. Islam ini untuk kita sahaja. Orang lain macam mana? Ingatkan dah terlepas dah daripada azab, tup tup ada yang dakwa kita tidak sampaikan risalah-risalah Islam kepada mereka. Memang u-turn lah kan. Apa salahnya sambil kita perbaiki diri sendiri, kita ajak orang lain perbaiki mereka.
Walaupun dalam ayat Al-Baqarah di atas yang mengatakan bahawa kita ini menjadi saksi kepada manusia tidak bermakna kita ini juga tidak akan didakwa di mahkamah nanti.
Natijahnya, untuk sesuaikan pembahasan aku dengan kasus aku pada awal entri: Kalau aku tidak cakap apa-apa, maka nanti ahli kelompok aku tadi sampai matilah ingatkan Sunnah itu adalah kita mengikut malaikat. Itupun, kalau ada orang lain yang bagitahu, kalau tak ada, macam mana?
No comments:
Post a Comment