Thursday, 22 January 2009

Half full ke half empty, kepala otak mu!

Susah sangat ke nak jadi orang yang bersikap optimistik? Adakah berdosa berfikiran positif senantiasa?

Serasa aku, berperwatakan sebegini tidaklah mengganggu kehidupan manusia lain, malah membuatkan kualiti hidup, sendiri mahupun orang di sekeliling, bertambah baik.

Sebaliknya, orang yang senantiasa bersikap pesimis memang hidup tidak aman dan damai.

Dan mana-mana satu pun perangai kita, kita tetap akan mempengaruhi kehidupan orang lain. Sama ada kita ini orang yang baik mahupun yang jahat.

Misalnya aku ini suka senyum. Di mana dan pada bila masa sahaja aku akan tidak henti-henti senyum. Dan apabila orang tengok aku senyum kepada mereka, mereka akan turut serta dan secara tidak langsung menyebarkan senyuman itu kepada orang lain. Lantaran satu dunia ini akan didiami oleh manusia yang senyum sahaja.

On the other hand, orang yang selalu masam muka akan memberi impak buruk dalam kehidupan diri dan orang lain juga. Dia moody, orang lain pun moody lah. Contohnya, tiba-tiba je aku nak marah kawan aku ini tak tentu pasal. Kawan aku ini pula sakit hati lah sebab dengan tidak semena-mena sahaja aku sound dia, dia pun lepaskan kepada orang lain pula. Lantaran tersebarlah perangai negatif.


Apa yang aku nak sampaikan di sini sebenarnya, boleh tak kau jangan berperangai negatif? Susah sangat ke nak jadi optimistik? Susah sangat ke nak senyum, walaupun kau tak ikhlas?

Dan sebenarnya i'm not asking. And i am not ordering either. I'm just telling. Fahamkan beul-betul.

Ini tak. Masam muka lah. Entah merajuk ke marah ke aku pun tak tahu. Agak menyusahkanlah juga pemikiran aku ini.



Apa-apa pun. Aku tak peduli. Apa yang aku peduli adalah hari jadi kawan aku.

Selamat hari jadi oh Sarah! Semoga you have fun always and dapat jumpa Just in Timber lake. ngehehhe



p/s: Berkenaan gambar di atas. dipersilakan tengok orang yang memakai tudung. Tidak dipersilakan menengok orang yang tidak memakai tudung. Terima kasih.

4 comments:

  1. awan, thanks tau!!
    sayang u banyak... heheh!! :))
    bila boleh ketemu??

    ReplyDelete
  2. azuan, the half full tu - optimis and the half empty tu - pessimist kan?

    ReplyDelete
  3. farim. ahaha terima kasih senyum. sedekah tu. *thats what i keep telling myself*

    sarah. ahaha sama-sama. entahlah. insayallah pada masa akan datang. bulan dua maybe saya mahu stop kerja. then we can partaay! :D

    nadira. kalau i cakap yang half full pesimis dan half empty optimis apa you nak buat? ahah tapi you betullah. tapi actually itu semuanya subjektif. ahahaha tiba-tiba je nak perphilosophical di sini.

    ReplyDelete