Boleh tak jangan cari pasal dengan aku?
Aku bukannya orang yang suka bergaduh ke atau bermusuh. Aku memang orang yang baik walaupun aku kadang-kadang rasa malas nak layan. Aku layan juga. Dan aku memang tidak suka benci sama orang lain. Maka janganlah buat aku rasa yang kau ini manusia yang paling keji dan paling tak ada otak. Nanti kamu yang malu.
Tolonglah.
And one more thing.
Janganlah tag aku dengan gambar-gambar kau yang memang tiada apa-apa trace muka atau anggota badan aku yang lain. Nanti ada orang ingatkan aku ini bermuka tidak comel dan hodoh bangang. Bukannya aku nak kutuk kawan aku ke apa, tapi aku tidak dapat nampak signifikasi kamu tag saya pada gambar batu/kayu/kertas/buku dan lain-lain lagi.
Meh sini aku ajar sikit. Tag itu sebenarnya nak tunjuk kat orang bahawa "ini hah muka kawan aku ni yang aku cakap kat kau hari tuh, dan tahukah kamu dia ada myspace profile juga".
Haish.
AKu mintak maaflah jikalau kebelakangan ini aku banyak buat muka masam atau tidak layan kamu ke. Mungkin aku stress kat rumah kot. Ya betul, aku stress kat rumah, bukan kat kerja. Aku tak nak dengarlah pasal kerja kamu yang sungguh bergaji lumayan daripada aku. Apa aku kisah. Asalkan aku ada kawan-kawan aku dan boss-boss aku semuanya relaks dan happening(ahakzzzzzzz).
Tetapi apa salahnya aku tidak mahu layan kau atau aku bermasam muka. Suka hati aku lah. Apa gunanya aku senyum kepada kau kalau kau tak balasnya. Memang aku senyum ikhlas tapi kalau tidak dibalas, sakit hati lah jugak. Kemudian bila aku masam muka kau nak sound aku, apa matafaking kes?
Hahaha, dah lama aku tak rasa sakit hati dengan orang. Rindulah juga dengan perasaan ini. Memang sudah menjadi kawan karib aku selama beberapa tahun dah.
Hello sakit hati! We meet again. How have you been?
p/s: Kini aku officially tidak suka mat salleh. Kenapa aku boleh faham english dalam wayang tetapi tidak apabila berdepan dengan orang putih? Dan kenapa aku boleh cakap english dengan petahnya di dalam kepala aku tetapi tidak secara realiti?
Dan tolonglah, aku tak nak dengar kau cakap "Eh, Don, bukan ke kau teral english?". Pernahkah aku berlagak kepada kau? Setahu aku kau semua yang banyak berlagak dengan aku.
Bitch, please!
the tagging thing. so true! sakit hati kot.
ReplyDeleteahahaha tahu takpe. menyampah doe. ngehehe
ReplyDelete