Friday, 9 January 2009

Emmmbeeeek.

Dalam sekelip mata sahaja janggut aku lenyap. Dengan beberapa "stroke" sahaja bulu-bulu di muka aku jatuh di atas lantai tile tandas. Menggunakan "shave/pisau/apatahnamadia" kepunyaan ayah aku untuk memenggal rambut-rambut muka aku.

Aku bukannya bersikap sentimental pun terhadap helaian janggut tersebut, namun i wish i had felt that way.

Memang benar janggut tuh bukannya ada apa-apa simboliknya pun, malah tidak membawa apa-apa signifikasi di dalam rutin harian seseorang manusia. Tetapi aku rasa rugi sangat apabila aku shave janggut aku. Sudah berapa tahun aku menyimpannya. Sudah berapa tahun aku mengelakkan daripada menhapuskannya.

Bagi aku, janggut inilah yang menunjukkan aku ini seorang lelaki. Memandangkan aku ini bukanlah seorang lelaki yang tradisional from an emotional and philosophical point of view. Namun, secara anatominya, aku adalah seorang lelaki. Aku adalah aku.

Janggut itulah adalah bukti bahawa aku semakin hari semakin berubah menjadi dewasa, berubah menjadi a man. Selain daripada buah halkum aku yang besar, janggut itu sahaja yang boleh membezakan aku.

Ah, nampaknya aku memang bersikap sentimental. Pasal janggut pulak tuh. Betapa bengapnya aku ini, kan? Ambil kisah pasal benda yang tidak penting tetapi buat-buat tak ambil kisah pasal benda yang penting.

Don, oh Don.

4 comments:

  1. tidaaak,janggot yg aku nk tarik2 tuh dh pon diputuskan...

    ReplyDelete
  2. ahahaha tuhla. aku terpaksa potongkan. penat aku belainya. :D

    ReplyDelete
  3. nangkali bela pjg pjg, biar jadi mcm santa claus!

    ReplyDelete
  4. ahahaha do i have to gain weight as well? kalau macam tuh, matilah!

    ReplyDelete