Thursday, 8 January 2009

A day of u-turns and cutsies.

Biasanya, aku tidak akan bercerita tentang rutin harian aku kerana pada aku cerita sebegitu sungguh membosankan. Tetapi hari ini ada pengecualian. Suka hati aku lah.

Baiklah, hari ini akhirnya aku dapat keluar dan bersua dengan beberapa rakan aku yang sudah lama tidak berjumpa. Walaupun aku tidak menunjukkannya melalui raut wajah, tetapi aku tetap merasa rindu kepada mereka.

Dan sepanjang persuaan bersama rakan-rakan aku, aku berasa janggal sekali. Maklumlah, sudah lama tidak bertemu, aku sudah tiada buah fikiran untuk mulakan satu topik perbualan. Itu yang janggalnya. Kadang-kadang aku rasa sangat malu oleh kerana aku memang seorang yang tidak reti bercakap. AKu hanya petah bercerita tentang apa yang aku memahami sahaja. Selain itu, tidak aku pedulikan. Mungkin sebab inilah yang menjarakkan aku daripada sahabat-sahabatku sekalian. Aku mohon maaf.

Walaubagaimanapun, pengalaman hari ini memang menakjubkan. Bercengkerama bersama rakanku ini sungguh enak. Daripada pagi berbual di ym pasal mandi, makan dan buangan air, kepada berulang-alik dari Times Square ke Pavillion ke Times Square kembali. Dan wayang yang ditonton, bolehlah dapat thumbs up. Tui tui tui(bunyi guinea pig/bugsy ). Kami juga meluangkan masa di borders dan bercerita pasal topik kegemaran kami iaitu Star Wars. ahaha Yoda is the force yo!

Kemudiannya aku meluangkan masa bersama rakan aku lagi satu yang berperangai tidak siuman. Kami pula menonton cerita Brainscan. Memang tak boleh blah. Dalam panggung wayang itu, kami berdua sahaja. Dan aku dan Shaffiq berbuat bising dan menari-nari dalam panggung wayang tanpa mengendahkan apa-apa plot cerita. Sungguh menghiburkan.

Hari ini juga aku dapat membeli, setelah lama tidak membeli apa-apa barangan, sekeping komik gempakstarz, Helios Eclipse. Aku tidak seberapa fanatik tetapi komik buatan tempatan ini memang menarik minat aku, lalu aku membelinya sebagai buah mata kepada adik saudara aku yang amat meminati bahan bacaan tersebut. Selain itu, aku juga dapat membeli sebuah boxset(original yo!) siri televisyen bernama Pushing Daisies. Tidak sabar aku untuk menontonnya.

Dan terdapat juga beberapa insiden yang memang lawak tetapi tidak dapat aku menggambarkannya melalui kata-kata. Namun memang best!

Esok aku akan pergi temu-duga untuk kerja. Bismisllahhirrahmanirrahim. Wish me luck yo!


Oh, dan aku dapat tahu bahawa Borders dalam proses meng-order novel grafik Watchmen dan shippingnya akan tiba dalam masa dua minggu, insyallah. Tidak sabar aku untuk mendapatkannya. ARGH!

P/S: Aku ingin mohon maaf kepada rakan-rakan aku yang aku jumpa hari ini kerana aku senyap sunyi, tidak seperti dahulukala. Bukannya apa, aku cuma rasa janggal dan tidak tahu nak cakap pasal apa. Sorilah eh. I hope this will not affect our relationship eventhough we do not see and talk that often.

4 comments:

  1. ahha,patot la balek lmbt,tgk wayang lagi...
    hahaha,the Force...
    dont worry about the changes la,janji still sahabat,kn??
    hehee...
    rocn on,dude

    ReplyDelete
  2. ahah yeah sempat tengok ngehehe.
    ehehe yeah still friends. you too, keep being a vampire, sucker. :D

    ReplyDelete
  3. ahaha terima kasih. memang ada-lah sedikit nervous. ngehehe

    ReplyDelete