Saudara di sini tak kira lah siapa pun, yang penting islam. Tidak semestinya saudara yang dari pertalian darah yang sama. Tapi kalau diikutkan, memang kita semua ini dari keturunan yang sama. Kan.
Maka, dititikberatkan kepentingan menjalinkan hubungan baik sesama manusia terutama saudara sesama Islam. Ukhuwah yang terbina atas dasar cintakan Allah adalah hubungan yang paling digalakkan dan paling aku cuba nak dapatkan. Suatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita dan seharusnya kita cuba mendapatkannya.
Aku faham, kadang-kadang itu kawan kita selalu buat kita sakit hati, kecil hati, sedih hati dot dot dot. Lantas apabila nak cuba berbaik semula, suara kecil dalam kepala kita cakap, jaga-jaga, dulu dia selalu buat hal, perlu ke baik semula?
Benar ke itu suara kita dalam kepala? Ataupun syaitan? Entah lah, aku pun tak tahu.
Tapi kalau kaji semula, kalau kita sayang kawan-kawan kita atas dasar sebab kita cintakan Allah dan kita bertemu dengan saudara-saudara kita atas sebab kerana Allah, aku percaya, nothing will go wrong. Cubalah. Dan kalau ada pun, itu sudah tentu satu ujian Allah buat ke atas diri kita sendiri. Seharusnya kita boleh atasi ujian-ujian ini asalkan tidak lupa kepada siapa kita berpaling untuk minta pertolongan.
Natijahnya, kita tak nak ke cuba sempurnakan iman kita?
Terutama sekali terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Walaupun tak pernah kenal, tak pernah menatap wajah mereka, tapi mereka tetap saudara kita. Mana pergi tanggungjawab kita sebagai satu Ummah untuk tolong antara satu sama lain. Kalau mereka tak dapat tolong diri mereka, tanggungjawab itu terletak pada bahu kita yang hidup senang lenang dengan makanan minuman yang cukup. Paling kurang pun, satu cara nak bantu mereka adalah doakan untuk mereka dan juga elakkan daripada menggunakan barang-barang produk yang ada kaitan dengan bangsa yang mengecam saudara kita di sana.
Palestin dihatiku. |
Mungkin satu nasihat boleh aku kongsi bersama. Dikala kita ditimpa masalah yang menimbulkan perselisihan faham antara sahabat-sahabat kita sampaikan boleh merobohkan tiang persaudaraan, cuba fikir semula kepada saudara-saudara kita di Palestin. Mereka tak ada masa langsung nak fikir pasal gaduh dengan kawan, tak ada masa nak fikir pasal kecil hati dengan kawan, tak ada masa nak fikir pasal nak berebut apa-apa sahaja. Bekalan makanan dan minuman dipotong, rumah diroboh, mereka dihalau daripada tanah sendiri, dikecam oleh bangsa Laknatullah. Sibuk cuba berperang mati syahid untuk memenangkan Islam. Tak ada masa untuk perkara lain.
Cubalah ingatkan diri.
UiTM DIHATIKU!!!! TETIBAAA
ReplyDelete