Wednesday, 10 December 2008

Good versus Evil.

Sekarang ini siapa sahaja yang aku jumpa, aku dah tidak puas hati. Memang hidup aku tidak tenteram lah. Perlu ke aku pergi jumpa kawan-kawan aku dan mohon maaf? Malas aku nak fikir.

Yang aku tidak puas hati adalah dengan orang yang aku tidak kenal. Sepatutnya memang lah tidak perlu terasa sangat pun dengan orang tak kenal kan sebab mereka memang tak kenal kita. Jadi kita tidak perlu buat segala apa untuk memuaskan hati seseorang yang "stranger".

Lagipun, buat apa kita nak tambah lagi kenalan. Sudah cukuplah kawan-kawan dan keluarga yang kita sedia ada kini. Tidak semestinya kita berkenalan dengan seluruh manusia di bumi ini. Itu nampak sangat terlebih peramah. Tidak perlu lah sebenarnya.

Aku ada dua sahaja masalah. Pertama sekali, orang lain anggap aku ini jahat. Kedua pula, ada orang anggap aku ini baik. Kepada sesiapa yang berfikiran seperti yang dinyatakan itu, pergi mampos. Sebab aku bukannya baik ataupun jahat. Aku ini di antara kedua-duanya. "Atcelli(menyampah aku orang cakap macam ini)" aku tiada label. Kau ingat kau itu stamp ke nak label-label orang?

Mengenai masalah pertama aku. Sejak kecil lagi aku ini seorang budak yang berkelakuan baik. Mak aku sudah ajar aku "good manners". Sejak kecil lagi aku sudah menjadi seorang "gentlemen(tak ada perkataan melayu ke eh?)". Lagipun, kecil-kecil lagi aku sudah berkawan rapat dengan perempuan. Sebabnya pada waktu itu budak kecil lelaki semuanya tiada yang sebaya umur dengan aku. Semuanya kaum perempuan sahaja. Lantaran "i don't take it as a setback". Aku akur sahaja dengan apa yang sedia ada dan berbaik dengan budak perempuan comel-comel belaka.

Daripada berkawan dengan perempuan sejak kecil sehinggalah aku besar panjang. Memang perempuan dengan aku susah untuk dipisahkan. Dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Mestilah wujudnya lelaki-lelaki "macho tapi hancho" di luar sana yang cemburu dengan perwatakan aku lalu menggelar aku nama-nama samaran yang memang menyakitkan hati. Tetapi aku tetap bersabar. Aku tidak peduli pun.

Sehinggalah tiba paada satu tahap di mana orang beranggapan aku ini terlalu "sosial".

Tolonglah, janganlah main label-label. Kau tahu tak sosial tuh apa maksudnya? Pergilah periksa wikipedia untuk tahu lebih lanjut.

Hanya kerana aku keluar dengan rakan-rakan perempuan yang berbaju sedikit "seksi" tidak bermakna aku pun "sosial" seperti yang kau katakan. Hanya kerana aku banyak meluangkan masa bersama perempuan, tidak bererti aku pernah buat perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Kalau kau tidak percaya. Kau tanyalah rakan-rakan perempuan aku yang lain. Penahkah aku memegang mereka pada mana-mana bahagian secara sengaja atau paksa? Sampaikan aku nak bersalaman dengan mereka pun aku tidak, apatah lagi cium-cium, pegang-pegang. Aku tahulah aku ini suka berkelakuan "perverted" tetapi tidak semestinya aku ini "perverted".

Hanya kerana ayam/ostrich itu ada kepak dan sayap, tidak bermakna dia boleh terbang. Kan?

Jadi aku minta tolonglah. Janganlah menganggap aku ini suka bersosial. Aku pergi ke kelab malam pun tak pernah. Hisap rokok pun sekali dua kali sedut sahaja. Kau itu apa kurangnya. Selalunya orang yang hisap rokok adalah "hopeless case". Tetapi aku tidak pernah mengeneralisasikan semua orang yang hisap rokok adalah "hopeless case". Sebabnya aku tidak suka memandang rendah terhadap sesiapa pun, malah aku tidak suka menjadi seorang yang "judgemental". Aku harap apa yang aku buat kepada orang, mereka akan berbuat sedemikian kepada aku.

Berkenaan dengan masalah kedua pula pun sama sahaja konsepnya. Sedikitlah kot. Sebabnya, apabila semua orang di sekeliling aku melabel aku sebagai seorang yang baik, mereka akan ingat aku ini baik yang teramat. Dan pada waktu aku membuat satu kesalahan, mereka akan terkejut. Mereka akan anggap ini adalah tanda kiamat.

Assalamualaikum, bukan semua orang sempurna(Hello, not everybody is perfect). Orang yang mempelajari dan mendalami ilmu agama pun tidak semestinya dia mahu jadi seorang ustat/ustazah. Kau ingat mereka nak sangat ke berdakwah kepada "hopeless case"? Buat apa membazir masa untuk memperbaikkan diri seseorang yang tidak akan mendengar cakap.

Lagipun, orang yang menganggap aku baik ini akan cuba mendekati aku dan "take advantage of it". Itu yang paling aku benci juga. Kau ingat orang yang baik dan lemah lembut ini senang untuk kau pergunakan? Sebenarnya, bagi aku, orang yang baik inilah yang punyai banyak konflik dan kekerasan kerana mereka banyak bersabar dan menyimpan semuanya di dalam. Tidak menzahirkan emosi mereka.

Dahlah orang pergunakan. Kemudian orang nak berkenalan dan beramah-mesra. Kau ingat orang baik nak sangat ke berkenalan dengan orang-orang lain?

Misalnya aku ini. Aku memang ramai kawan dan kenalan. Tetapi aku rasa sudah cukuplah itu. Aku mahu biarkan nombor rakan-rakan aku mencapai satu tahap sahaja. Aku tidak mahu tambah lagi kenalan. Buat serabut kepala nak ingat nama, alamat, nombor, sejarah hidup dia. Tak ada masa aku.

Aku malas nak layan. Dan aku rasa aku tidak mahu minta maaf kepada sesiapa yang aku reject dan delete di profil myspace aku. Kau ingat aku layan ke budak-budak kecik tak matang berlagak matang? Kau ingat aku nak ke "couple-couple" dengan budak kecik yang tak reti lagi jaga diri? Melalui myspace pulak tuh.

Kau ingat aku nak "couple-couple" ke? Aku lebih cenderung kepada pertunangan. Ahh, itu lain cerita.

Masalah sekarang, janganlah anggap aku ini baik dan peramah. Sebabnya dengan rakan-rakan aku pun aku sudah tidak beramah-mesra lagi. Sekarang ni aku rasa sunyi. Tapi aku rela rasa sunyi buat sementara waktu ini.



Pengajaran kepada kamu semua. Janganlah anggap seseorang itu berkedudukan di mana-mana ekstrem. Jangan fikir orang itu baik sangat atau orang itu jahat sangat. Manusia boleh berhijrah dari satu ekstrem kepada satu ekstrem. Tetapi mereka akhirnya akan tetap berhijrah lagi.

3 comments:

  1. kita kawan kan? :-(

    my dearest friend, hebat betul penulisan. saya suka. :-) dan saya faham.

    ReplyDelete
  2. ahaha yes kita kawan.ehehe

    ahaha terima kasih kerana memahami. you and a few others sahaja yang faham. :D

    ReplyDelete