Wednesday 13 March 2013

Lahirnya singa.

Mengambil maksud dari kata-kata Syed Qutb dalam tulisannya Ma'alim Fit Thoriq, kalimah termasyhur, kalimah tertinggi, kalimah La Ilaha Ilallah, merupakan satu kalimah yang paling berkuasa.

It empowers you.

Bukan bererti kalimah itu merupakan satu kalimah berhikmat dari segi unsur ilmu hitam dan sorcery. Not in the sense that it is a word that has magical properties. Namun yang ingin aku maksudkan di sini adalah kerana kalimah itu, ia dapat mempersaudarakan yang bukan ada kaitan antara satu sama lain bahkan yang bukan mempunyai hubungan darah atau talian keluarga. Kerana kalimah itu ia juga dapat membebaskan manusia dari belenggu-belenggu kebatilan dan taghut. Kerana kalimah itu, bumi ini aman dan sentosa dijaga oleh peraturan-peraturan yang ditegakkan oleh khalifah yang berpandukan secara asasnya kalimah tersebut dengan segala upaya dan usaha mereka.

Itulah kisah silam yang tidak diceritakan dengan penuh antusias dan keizzahan. Barangkali ada, namun jarang. Rare.

Melainkan kita ini mengelilingi diri kita dengan manusia-manusia yang mempunyai rasa izzah dan semangat sepertimana yang ada pada sosok-sosok tokoh salafussoleh pada waktu dahulu. Bukankah khususnya sejarah KITA merupakan satu fakta, bukan fantasi. Bererti zaman pemerintahan Islam sebagai ustaz kepada seluruh alam, merupakan satu kisah yang bukan direkayasa. Bukan satu kisah yang menjadi satu mitos hanya digunakan pada waktu ingin berstorytelling untuk kanak-kanak sahaja mahupun sebagai peluru-peluru yang disimpan untuk dipakai pada waktu kita berjidal (debat).

Bahkan kisah-kisah para sahabat terdahululah yang memberikan kita semangat dan juga ibrah untuk mendepani kenyataan dan realiti zaman sekarang. Di mana satu bid'ah besar yang sedang berlaku ditengah-tengah lautan dunia manusia ini, tanpa mereka sedari bahawa ia sedang berlangsung.

Kenapa bisa terjadi begitu?

Memetik dari petikan dalam al-muntalaq, ditulis oleh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, penulis yang tersohor juga pada waktu kini:

Plan pendidikan mereka ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya....!
Inilah generasi baru putera-puteri Islam...!
Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang pengecut,

Sebenarnya mereka itu merdeka, lalu diperhambakan, dan mereka bergembira menjadi hamba.
- Bab 1, Menolak Al-Hawa, Anak singa diubah menjadi kijang yang pengecut.
Itulah kenyataan dahulu, dimana generasi dahulu yang digelar singa-singa Islam, pedang Allah, sanggup berjihad dan mati syahid mempertahankan kemuliaan, kedaulatan Islam dan kesucian yang dibawanya.

Mereka takkan pernah menerima dan sanggup menarik diri jika ditemukan pelusuk negeri di mana ada muslim di situ ditindas. Malah mereka tidak bisa membiarkan negeri mana-mana yang diperhambakan kepada manusia lainnya. Bak kata Syed Qutb, kalimah ini mengeluarkan kita daripada perhambaan antara sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah. Mengeluarkan diri manusia dari perhambaan nafsu, perhambaan kebendaan, perhambaan jahiliyah kepada perhambaan kepada Allah sahaja. Bukankah Allah lebih berhak untuk menerima pujaan dan pujian kita? Bukankah Allah lebih berhak untuk mendapat pengabdian daripada kita?

Kenyataan kini?

Namun kalau kita lihat waqi' (keadaan) sekarang, kita dapat menemukan bukti-bukti dimana kembalinya manusia dan peradabannya kepada waktu dahulukala dimana perhambaan itu adalah sesama antara manusia. Mungkin tidak kelihatan persis mirip seperti waktu dahulu, namun sebenarnya kalau kita lihat dengan lebih teliti, kita dapat jumpa bahawa ia sudah menjelma dalam bentuk yang lebih kontemporari.

Di mana hukum-hukum Allah itu tidak dipedulikan. Malah dikira hukum-hukum buatan manusia lebih baik dan berkesan untuk menjadi peraturan hidup daripada syariat Allah yang sudah Allah tetapkan. Maka dengan itulah bermulanya, atau sudah lama berlangsung suatu pembodohan terhadap kaum manusia, di mana kaum manusia sudah kembali kepada salah satu bentuk perhambaan kepada manusia, daripada mengabdikan diri kepada Allah Maha Pencipta Maha Berkuasa. Yakni dengan mengikuti aturan-aturan buatan manusia, dan meyakini aturan itu lebih baik daripada diaplikasikan, dipraktikkan, dipercayai aturan yang sudah Allah rencanakan dan bikin untuk mereka.

Disitulah bermulanya, atau sudah lama berlangsung pembodohan itu. Pendidikan baru yang diajarkan dan diakartumbuhkan kedalam benak generasi baru ini berunsurkan kepada pembodohan. Pendidikan yang dibrandingkan sebagai Free Education, membawa anak-anak sekarang kearah satu penipuan supaya mereka ini dijinakkan, supaya melahirkan pengikut-pengikut, supaya mereka ini berada di dalam genggaman musuh-musuh KITA, supaya kita ini tunduk kepada kekuasaan mereka yang tidak berapa nak berkuasa pada hakikat sebenarnya, supaya kita ini disibukkan dengan mencari sesuap nasi untuk survive dalam dunia yang sudah semakin parah dari segi ekonomi, kononnya. Memenuhi kepala otak kita dengan fikiran di mana kita ini sudah ke arah suatu decline dan kita harus berusaha sedaya upaya untuk fikirkan jalan penyelesaian kepada harga-harga dunia ini. Menakuti kita dengan mengalih perhatian kita kepada masalah yang duniawi.  Padahal itulah masalahnya. Perhatian kita difokuskan kepada dunia, materialisme.

Kita sudah dijinakkan.

menukar helang rajawali menjadi burung puyuh,
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu
lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
mereka tidurkan kita dengan iramanya
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.- Sir Muhammad Iqbal, Al-Muntalaq.

We are the generation of the supposed to be lions that are tamed to be at the behest of their so called materialistic empire.

Kita dibuai dengan irama merdu mereka sehinggakan kita menjadi terlena, berdengkur...

Bangunlah angkatan Singa! Jadilah singa setiap dari kamu!

Mulakanlah langkahmu untuk membangunkan ummat ini dari tidur lena mereka kerana setelah ini, tidur yang lebih enak akan tiba. Gerakkanlah jari jemarimu, kakimu, tubuhmu, mulakanlah kerja dalam membangkit himmah dan menunjuki toriqul amal kepada ummah ini dalam mengembalikan kekuasaan yang sepatutnya hanya kepada Allah azza wa jalla. Dari saat itulah baru kita akan benar-benar menjadi merdeka. 

Merdeka dari perhambaan manusia sesama manusia dan nafsu. Hanya mengabdikan diri kepada Allah. Itulah merdeka yang hakiki, tak bukan?

Thabbatkanlah hatimu di jalan ini. Istiqomahlah dalam amal-amal yaumiyah. Wajibkan diri dalam menghadiri majlis-majlis tafakkur. Semuanya bermula denga tarbiyyah. 



Jangan jadi anak kucing yang mudah dijinakkan. Yang senang terbeli dengan pemberian seperti tulang ikan, secebis daging, seteguk susu. Sehinggakan dihina sebegitu rupa. Dibiarkan hidup dalam kemiskinan dan penindasan. Dipecahbelahkan supaya kita sesama sendiri bertengkar dimana mereka hidup dengan kemewahan hasil dari penipuan dan pembohongan terbesar zaman sekarang.

Itu sebenarnya tidak memadai bagi KITA. Sebenarnya bagi KITA ini, tidak boleh menerima sedikit pun, atau seolah-olah kita pasrah dengan "ketentuan" sebegini rupa. Kita haruslah menjadi sensitif dan peka terhadapa keadaan sekarang.Kita tidak boleh duduk berdiam diri, hanya berdoa suatu hari Allah akan berikan kemenangan kepada KITA ini. Kita mengharapkan sesuatu yang mircale terjadi tanpa kita berusaha untuk menghasilkan miracle itu.
Imam Ibnu Athaillah mengingatkan,

wajarkah kita mengharap sesuatu luar adat akan berlaku sedang kita tidak keluar dari adat kebiasaan kita yang kerap tunduk pada hawa nafsu?
Jadilah singa, yang tidak gentar menghadapi lawan, berani menerkam sesiapa yang memasuki wilayahnya, lantang dalam mengaum untuk put people at their place, supaya mereka sedar kedudukan mereka, hanyalah sebagai hamba Al-Khaliq.  Singa yang gagah perkasa, bertarung dan berentap sehingga nafas terakhir, yang merasa izzah dengan kekuatannya sebagai Khalifah (king of the jungle) di muka bumi ini, a lion that stands tall without arrogance.



No comments:

Post a Comment