Kalau nak cakap pasal peluang dan ruang untuk aku ber-emo dan berperasaan amarah, ada sahaja. Tadi itu, boleh je aku nak marah dan terus buat muka ketat dan ber-emo. Tetapi aku memilih untuk tidak berbuat sedemikian, aku malas lah nak emo-emo ni. Aku fikir orang lain juga kan. Tapi kalau kau, kau dan kau, setiap masa nak emo nak marah orang. Terlalu mementingkan diri, terlalu fikirkan pasal diri sendiri sahaja. Kau, kau dan kau, jenis yang asyik fikir kau seorang sahaja. Contohnya, kau ingat kau seorang sahaja yang kerja keras, lepas tu marah orang lain sebab orang lain waktu itu tengah relaks-relaks. Padahal, kau tak tahu perkara sebenar. AKu tak nak ceritalah perkara sebenar, aku tak nak mengungkit, tak bergunalah nanti pahala aku dapat, terus hilang dengan sekelip mata. Wallahualam.
Aku hanya nak meluahkan bahawa kau jangan nak fikir sangtlah kau seorang sahaja. Tak kisah lah dalam apa hal sekalipun, kau asyik fikir pasal kau seorang sahaja, kau asyik nak emo buat muka masam macam kau seorang sahaja yang boleh emo, orang lain pun naik muak kau tahu.
Haih, bila lelaki yang merajuk, lagi hodoh rupanya. Korang tak tahu.
No comments:
Post a Comment