Dua orang wanita yang sudah berumur, pegang tangan satu sama lain ketika berjalan pergi ke suatu destinasi. Aku terserempak dengan mereka sewaktu aku dalam perjalanan nak ke kuliah. Mungkin ramai orang dah biasa tengok perkara macam ini, tapi bagi aku, aku jarang nampak insiden macam ini. Sebab mereka inilah beri aku semangat lagi kuat. Aku takkan berasa malu nak tunjukkan kasih sayang. Aku teringat dulu kat sekolah, mak ayah aku selalu hantar aku ke sekolah ke atau ke mana-mana sahaja, aku akan cium tangan mereka dan cium pipi mereka tiga kali. Sebaliknya mereka pun buat benda yang sama kat aku. Bagi orang, itu tandanya anak manja, tapi tak apa lah kan, manja pun manja lah. Dah jadi satu hukum bahawa kalau kau jadi anak bongsu, memang kena label anak manja. Apatah lagi kalau kau seorang lelaki, lagi sakit hati kau rasa kalau kena panggil macam tu, lebih-lebih lagi pada ego. Tapi aku rasa aku terima sahajalah. Aku tak boleh nak ubah persepsi orang lain, aku hanya boleh ubah diri aku sahaja. Maka aku akan tunjukkan kasih sayang aku kat orang yang aku sayang, terutamanya kat mak ayah aku, tak kisah lah pada umur aku, jantina aku, perangai aku, society's norms. This is me making my own norms.
Rindu nak cium tangan mak ayah.
Sebenarnya aku tak sihat, dan aku rindu sewaktu aku tak sihat, seakan-akan dibelai dengan penuh kasih sayang. Gedik kan.
No comments:
Post a Comment