Monday, 13 December 2010

Aku lagi gembira dan bersyukur.

9:31pm
beb,sory tnye..ko spe ha??

9:32pm
aku pun sebenarnya tak pasti kau siapa

9:33pm
sengal..ak add ko ke ko??

9:33pm
kau yang add

9:33pm
alamak..aku salah org ar..
muke ko mcm pompuan doe
sbijik

9:34pm
ok

9:35pm
k.sori ganggu..ko x ksah klau aku remove he..jngn pikir aku sombong plak..

9:35pm
ok


Aku lagi bersyukur kau delete aku daripada friend list kau. Dah lah tak kenal, kau add aku tak pernah nak tegur. Tetapi satu hal yang buat aku rasa nak mencarut kat dia, ada ke patut kata aku sebegitu rupa. Kau tak rasa ke cara kau cakap tu ada unsur kurang ajar?  Kau tak rasa ke apa kau cakap tu biadap? Banyak sahaja benda yang aku boleh maki kau kalau aku nak, nasib baik aku bersabar, aku cakap ok, aku terus log off. Alhamdulillah, kali ini syaitan kalah.

Aku tak nak lah jadi orang yang complicate things kan, benda kecil je, facebook je kot. Tak ada benda sangat lah. Aku tak mati lah kalau facebook ini tiba-tiba tak wujud dalam dunia ni. Tapi aku rasa macam nak caci je kau tadi, kau kurang ajar dengan aku dengan tiba-tiba, padahal aku tak pernah kurang ajar dengan kau, apatah lagi aku tak pernah kenal kau langsung. Jadi, kalau boleh tu, lain kali bersikap beradab lah sikit eh. Aku tak kisah aku ni mungkin ada ciri-ciri yang kau katakan itu, tapi sekurang-kurangnya aku jaga juga adab aku. Terima kasih banyak-banyak delete aku. Aku lagi bersyukur nak buat kenduri kalau boleh.

Kau tak kenal aku, aku tak kenal kau. Jadi respect lah juga.

No comments:

Post a Comment