Sunday, 5 December 2010

Macam biasalah kan.

Allah dah kasi anggota badan yang sempurna, tak pernah nak guna betul-betul. Tak pernah nak jaga betul-betul, asyik nak guna ikut kehendak bukan keperluan. Guna ikut nafsu bukan akal. Guna untuk kepuasan dunia, bukan untuk selepasnya. 

Allah dah kasi matahari, tapi duduk terperap dalam rumah, dalam bilik, terlentang atas katil, malas nak gerakkan badan dan malas nak keluar. Akibatnya rasa demam dan rasa macam tak cukup sinaran. Rasa macam nak tidur satu hari biar demam ini hilang tetapi macam mana nak hilang kalau tak buat sesuatu untuk hilangkannya.

Allah dah kasi hujan, tapi asyik fikir hujan nanti banjir lah, baju kotor, longkang tersumbat melimpah masuk dalam rumah, nanti demam. Nanti kalau hujan tak datang-datang, apa pula nak rasa? Tak suka hujan, suka waktu selepas hujan sebab ada pelangi. Padahal hujan itulah nikmat, lupakan rezeki yang diberi untuk mencari benda yang kurang penting.

Lupa bahawa banyak yang Allah dah kasi rezeki kepada kita, banyak nikmat itu adalah hadiah daripadaNya. Sebaliknya, kita fikir buruk pula pasal nikmat yang dah ada. Kenapalah hujan, baru je nak keluar jalan-jalan. Kenapalah panas sangat, berpeluh-peluh kotor lah baju aku. Kenapalah itu, kenapalah ini.

Ya kan. Itu aku panggil take things for granted. Orang lain panggil, tak bersyukur. Aku setuju.

No comments:

Post a Comment