Tuesday 14 December 2010

Kepada rakan-rakan yang kenalkan aku kepada 3 Idiots.

Ingin aku perkenalkan cerita ini kepada kalian pula. Cerita ini dah lama keluar, tahun 2001 lagi, dah lama juga aku layan cerita ini banyak kali. Aku tahu cerita ini pun daripada playlist abang aku. Dari mana dia tahu dan kenapa dia layan cerita macam ini, masih menjadi misteri. Jadi, aku sarankan, kalau ada masa terluang itu, tengah ada mood nak layan cerita yang jiwang meleleh, silakan enjoy cerita ini. Tajuk cerita ini kalau dalam bahasa inggerisnya adalah The fabulous destiny of Amelie Poulain, kalau dalam bahasa sebenarnya adalah Le Fabuleux Destin d'Amélie Poulain, kalau dalam bahasa aku sendiri, aku panggil sahaja Amelie Poulain. Ini adalah sneak peak untuk menarik perhatian kalian:


Kalau nak tengok seluruh ceritanya, silakan ke pautan ini. Pandai-pandailah ye.

Layaaaaaan.

1 comment:

  1. like! nanti aku tngok weyh. sekrang agak macam tak sempat nak bukak. thanks by the way.

    ReplyDelete