Tengah layan tayangan ini, sewaktu diceritakan kisah Rasulullah bertemu dengan malaikat Jibrail, teringat sewaktu aku berada di sekolah rendah, aku masuk pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris bercerita kisah-kisah nabi. Cerita yang aku dapat adalah kisah nabi berada dia gua dan bertemu malaikat jibrail buat kali pertama tersebut.
Apa yang aku teringat adalah, sewaktu pertandingan bercerita tersebut, sewaktu aku punya giliran bercerita, ada satu ketika aku terlupa skrip ceritanya sehingga aku jadi gementar yang teramat. Tapi nasib baik, bila ulang balik ayat terakhir, boleh sambung cerita sampai habis, walaupun dah agak kekok masa tu.
Apa yang aku sedar, ternyata aku tak mendalami cerita yang aku sampaikan sewaktu pertandingan bercerita tersebut. Nampak sangat aku menghafal sahaja cerita itu. Nampak sangat, tak ikhlas dan tak menghayati cerita, setakat buat gaya dan intonasi tapi tak faham betul-betul signifikasi cerita itu, memang tak ada makna lah kan. Sekarang aku sedar. Tapi oklah tu, sekurang-kurangnya aku sedar sekarang, lagipun waktu itu sekolah rendah kot, memang daif dan bongok sikit masa tu.
Oh ya, nak berlagak sikit, aku dapat nombor tiga, untuk dua tahun berturut-turut sewaktu aku masuk pertandingan bercerita itu. Hebat jugaklah kan.
No comments:
Post a Comment