Tuesday, 14 December 2010

Khusyuk.

Ada beberapa ketika, aku sakit hati sampai aku tak khusyuk buat kerja, tak kira lah solat ke, baca buku ke, siapkan tugasan ke, memang sampai fikiran aku kalut fikir pasal benda yang buat aku rasa sakit hati sahaja. Sampaikan aku berdoa kepada Allah minta tolong jauh daripada buat perkara yang aku rasa tak elok aku buat.

Ya Allah, tolonglah jauhkan aku daripada perasaan hasad dengki, dendam dan benci. Tolonglah permudahkan urusan aku dan kawan-kawan ku. Tolonglah permudahkan bagi kami untuk belajar dan menuntut ilmu keranaMu ya Allah.

1 comment:

  1. AMIN, itu adalah doa yg juga menjadi ubat penenang jiwa kita dlm menghadapi ujian / dugaan dalam hal-hal kehidupan..kesemuanya..tetapi baik juga kita hadapinya kerana menjadikan kita lebih matang kerana masa depan mungkin lebih hebat lagi dugaannya..InsyAllah

    ReplyDelete