Aku tak henti-henti rasa kekok dengan kau. Daripada kita jadi baik dan rapat, kini aku rasa nak jauhkan diri daripada kau sebab aku takut. Aku takut nanti aku tersalah cakap, tersalah buat. Sebabnya sekarang aku dah tak tahu bila masa kau ok bila masa kau tak ok. Macam manalah aku nak tahu kan. Semua orang lain, unik. Takkanlah aku boleh tahu apa kau fikir setiap masa setiap ketika. Aku pun manusia sahaja.
Kadang-kadang tu apa yang kau buat tu, buat aku terfikir. Kalau kau dengan keluarga kau, kau berperangai macam ini juga ke? Ternyata kalau ya, aku kesian mak ayah kau kena layan kau, kena sesuaikan diri mereka dan hidup mereka atas kehendak kau semata-mata. Aku cukup kesian.
Kalau tidak, kenapa kau tak boleh nak sesuaikan apa yang kau buat dengan keluarga kau dengan kami? Ok mungkin kita ini bukan keluarga, kau tak anggap pun kita ini satu keluarga. Tak apa. Aku tak kisah. Cumanya, kita yang bukan keluarga kau lah, atas sebab perangai kau itu, terpaksa menyesuaikan diri kita (ok sebenarnya aku tengah cakap pasal aku, tak tahulah orang lain) untuk ikut kehendak dan keperluan kau. Jadi, adakah kita masih tak layak dipanggil keluarga?
Aku memang perangai manja-manja, tetapi tak adalah sampai orang lain kena tukar hidup mereka atau segala macam hanya untuk buat kau rasa ok sahaja.
Haish. Maaflah, aku dah lama tak cerita macam ini kan. Cerita perihal sakit hati ini. Ternyata memang dah lama aku tak tulis sebegini. Kalau boleh aku memang tak nak pun berceloteh panjang-panjang pasal benda yang tak ada manfaat. Aku dah nak cuba mengawal diri aku ini. Aku dah nak cuba ubah diri aku ini kearah yang lebih baik. Semuanya kerana Allah. Tapi kalau dah sampai buat aku rasa nak maki hamun kat kau, aku rasa sesuatu yang tidak baik.
No comments:
Post a Comment