Tuesday, 14 December 2010

Aku tak sukalah konfrontasi.

Kadang-kadang itu, kalau kita buat salah, memang susah kita nak mengaku kan. Mengaku pada diri sendiri pun dah susah, apatah lagi mengaku pada khalayak ramai. Ego. Memang suatu benda/perasaan/sifat yang boleh jadi sesuatu yang memudaratkan diri sendiri. Memang membinasakan diri, macam api, kalau kecil dia kawan, tapi kalau besar dia jadi lawan.

Mungkin juga kadang-kadang itu kita rasa kita ini betul seratus peratus. Tiada ragu-ragu lagi. Benar sebenar-benarnya. Tapi belum tentu orang sekeliling fikir benda yang sama. Belum tentu orang lain anggap kita betul. Semestinya ada orang lain akan membantah, tak pun, tidak menyokong. Dan kalau kau nak tahu, kadang-kadang itu kalau aku senyap, tak bermakna aku setuju. Kadang-kadang itu, walaupun aku angguk, tak bermakna aku sokong pendapat kau. Mungkin itu tandanya aku acknowledge pendapat kau, tetapi aku tak setuju validity-nya.

Aku memang susah nak suarakan pendapat aku kepada orang lain. Lebih-lebih lagi kalau pendapat itu berbentuk kritikan atau komentar. Sudah tentu aku tak nak, sebabnya sudah tentu ada pihak tertentu akan terasa, walaupun feedback itu sesuatu yang membina. Ada orang dia boleh terima, tetapi kebanyakkan orang tak boleh, termasuklah aku. Kalau aku dikritik, aku jenis yang akan terus down, orang lain mungkin akan lawan balik, pertahankan diri mereka, setiap orang ada self-defense mechanism mereka yang tersendiri.

Jadi mungkin, cara kau menerima sesuatu luahan hati orang lain, kau cerita luahan hati kau tentang orang tersebut kat orang lain. Kau cerita cara dia yang tidak elok itu, dan kau cerita cara yang baik, yang elok dilakukan kepada orang lain. Kau cakap biar jadi satu pengajaran.

Aku cakap, macam mana orang tersebut nak tahu apa kau fikir kalau kau tak bagitahu dia. Kau tak puas hati dengan cara dia, kau rasa ada benda yang tak elok dia lakukan, apa gunanya kau cerita pada orang lain walaupun orang tersebut buat itu kepada kau memang tak ada sangsi lagi betapa salahnya. Cerita lah kepada sasaran sebenarnya. Kau tak rasa ke itu lebih elok? Lebih mendatangkan hasil dan closure. Aku pun tergolong juga dalam orang seperti ini, sepatutnya aku terus terang kepada kau tentang pendapat aku, tetapi aku rasa ini satu masalah yang boleh membesar kalau aku masuk campur. Sekurang-kurangnya aku tak adalah cerita kat orang lain cara kau itu salah, bagi aku. Sekurang-kurangnya aku simpan dalam diri aku sahaja., sebabnya bagi aku, itu lebih elok. Sabar itu lebih elok.

Kalau nak diikutkan, dulu aku memang jenis yang suka cerita kat orang lain pasal orang sekian sekian dan sekian. Sekarang pun, kalau tak kerana sabar, aku dah lama cerita apa aku rasa salah dan tidak elok semuanya. Tapi aku tahan juga. Aku memang sangat setuju sebaik-baiknya luahkan isi hati, at least tell someone so that you can feel good. Tetapi aku berpegang pada satu prinsip,

If you have nothing good to say, don't say anything at all.

Izinkan aku kasi satu metafora/simile/ada aku kisah:

Kalau orang itu bodoh sekalipun, tak bermakna kau patut panggil dia bodoh. Kan.

No comments:

Post a Comment