Banyak benda aku rindu. Keluarga, kawan, pengalaman, situasi, tempat, semunya umum. Aku tak nak lah menyebut dengan detail, sebab yang disebut itu mesti sudah tahu yang aku rindukan mereka, cuma aku nak ulang lagi supaya mereka ingat kembali.
Tetapi di antara semua itu, perkara-perkara yang aku rindu nak buat dan tak berkesempatan dan boleh lakukan di sini termasuklah baca buku the sandman oleh Neil Gaiman dan Watchmen oleh Alan Moore. Ini kerana aku tak bawa bersama aku buku-buku tersebut dan betapa sedihnya aku rasa tak dapat luangkan masa baca buku fiksyen.
Selain itu, aku rindu jalan-jalan. Maksud aku di sini bukan jalan-jalan pergi ke kompleks beli-belah dan sebagainya. Maksud aku di sini adalah berjalan-jalan sekitar apa-apa kawasan. Bersiar-siar tengok pemandangan dan nikmati alam. Bukannya pemandangan di sini kurang baik, ada baiknya dan ada buruknya, cuma masalahnya aku masih lagi tidak berani nak jalan seorang diri lagi. Kalau tak sudah lama setiap hari aku keluar bilik pergi explore kawasan tempat aku tinggal. Namun situasi tidak mengizinkan. Apatah lagi, kenalan seangkatan dengan aku ini memang jenis yang konvensional(to say the least) sehinggakan buat aku rasa macam malas nak layan kadang-kadang. Aku mengaku itu agak kurang baik, tetapi aku tak boleh nak buat apa-apa kalau orang itu memang buat aku muak tengok dia. Tapi memandangkan kita bersama-sama, maka aku rasa baik aku membantu dia dan dia membantu aku, aku seharusnya lupakan hal-hal bodoh dan fikir untuk bantu orang sahaja.
Aku juga rindu kota bandar lebih-lebih lagi Kuala Lumpur. Sudah berapa bulan aku tak singgah KLCC, Pavillion, Times Square. Walaupun bunyinya seperti materialistik, tapi memang aku rindu pengalaman jumpa kawan-kawan naik LRT sama-sama takpun kalau lambat sampai naik teksi. Takpun kalau awal sampai, rindu waktu ketika aku tunggu kawan-kawan tiba dan luangkan masa dalam kedai buku sambil belek-belek buku cerita yang aku rasa nak beli. Rindu cuba makan makanan baru, cari pengalaman baik ataupun buruk dalam menjamah makanan-makanan yang tak pernah dijamah. Rindu naik turun escalator. Rindu memandu kereta, walaupun baru sahaja dua minggu tidak pandu, tetapi aku memang ketagih memandu. Rindu jalan kaki jauh-jauh untuk ke destinasi seterusnya. Rindu membuat perkara-perkara spontan, ikut impulse of the moment. Semunya aku rindu. Sejujurnya, di sini, aku tak berapa boleh nak buat benda-benda macam itu. Especially benda-benda spontan macam tu, sebabnya orang-orang di sini semuanya nak planning betul-betul lepas itu ikut plan itu dari A sampai Z. Walaupun sebenarnya tak ada lah betul-betul macam tu, tapi aku boleh dapat aura sebegitu daripada mereka. Aku boleh agak yang mereka orangnya seperti itu.
Walaubagaimanapun, aku sedang cuba untuk menggembirakan diri dan memeriahkan lagi pengalaman aku di sini walaupun dikelilingi aura-aura negatif. Aku pun akan cuba keluarkan aura yang negatif juga kerana mengikut undang-undang matematik, negatif dengan negatif jadinya positif. AHAHAHAH maaf, dah lama tak belajar matematik.
No comments:
Post a Comment