Sepertimana yang aku pernah ceritakan pada waktu sebelum ini, aku selalu diberi persepsi yang negatif tentang hidup di universiti. Bandingnya apabila hidup universiti bermula dengan hidup sekolah dan matriks terutamanya. Aku diberi tanggapan yang tidak berapa nak baik tentang hidup apabila kita bergelar mahasiswa.
Yang paling dahsyat aku dapat berita adalah hidup seorang mahasiswa ini memang macam tiada hidup. Tiada hidup sosial, cuma kerja belajar dan assignment.
Tetapi nampaknya, orang yang bercerita kepada aku tu yang tertipu. Dia yang rugi. Aku sedar sekarang betapa dia rugi besar sangat.
Aku bersyukur, di mana aku pergi sahaja, aku dapat buat kawan baru, aku diberi kelebihan untuk membuat kawan baru dengan mudah, walaupun pada mulanya memang kekok dan melucukan cara aku, tetapi akhirnya, baik juga.
Aku bersyukur dapat pengalaman yang sedikit sebanyak beri aku overview, mungkin, cara hidup universiti di sini. Lebih-lebih lagi di perantauan ini. Aku bersyukur sangatlah.
Walaupun sebenarnya, aku mengaku, aku tidak mengucapkannya sebanyak yang sepatutnya, tetapi aku nak ucapkannya sekarang. Terima kasih, kepada semua, tak terhingga aku ucapkan. Aku harap aku ada ubah sedikit hidup kamu sepertimana kamu ubah hidup aku dengan hanya berkenalan dengan aku. Terima kasih banyak-banyak daun keladi, harap-harap berjumpa lagi.
Hadiah yang paling aku gembira dapat, pengalaman bersama kamu semua. :)
chill up..!!:D
ReplyDelete:)
ReplyDelete