Wednesday, 24 November 2010

Tak perasan pula.

Pagi tadi duduk sebentar dengan kawan sekelompok. Berbual-bual dengan dia macam dah lama tak berbual. Padahal selalu je jumpa, kesempatan nak duduk sebelah dan berbual tu je yang tidak ada. Ok sebenarnya kesempatan itu ada, cuma kadang-kadang itu tak tahu nak bual apa. Malu nak duduk sebelah dia tapi tak cakap apa-apa langsung. Tapi entah kenapa tadi atas rasa macam dah lama tak tegur dia, duduk jelah sebelah dia. Bual-bual isu semasa yang tak berapa nak semasa sehingga timbullah isu pasal diri aku ini.

Katanya, aku ini sejak dua tiga hari lepas, aku asyik kelihatan gembira sahaja. Kenapa? Tergamam juga aku dibuatnya. Tak tahu nak jawab apa.

Pertama-tama, aku tak rasa pun perubahan sebegitu. Aku tak rasa pun macam sebelum ini aku tidak gembira dan baru-baru ini aku gembira. Aku tak dapat nak nampak perubahan itu. Tapi tak tahulah mungkin apa aku tak perasan, orang lain boleh perasan.

Kedua, apa sebab aku kelihatan seperti sangat-sangat gembira sekarang eh? Aku pun tak pasti. Tapi sehinggakan menimbulkan pertanyaan sebegitu kepada rakan aku itu, menimbulkan pertanyaan kepada aku juga. Nak kata ada sesuatu insidedn yang dahsyat lagi best berlaku baru-baru ini, tak ada pun.

Bersyukur sahajalah kan. Ada masa kita gembira, ada masa kita sedih. Ada masa kita sedar akan sekeliling kita, ada masa kita tak sedar.

No comments:

Post a Comment