Kebanyakkan tugasan aku semester pertama ini memang belambak pasal perubahan. Perubahan perilaku, perubahan diri dari segi mental, sosial, fisik dan spiritual, perubahan masyarakat, reaksi perubahan dan banyak lagi. Sampai aku naik muak buat tugasan asyik cerita pasal pengalaman diri aku sendiri. Sampai aku muak dengan diri sendiri. Buat karangan panjang-panjang cerita pasal apa yang sudah berubah atau tidak berubah, apa yang patut berubah atau tidak patut berubah serta bukan masalah apa yang patut berubah tetapi siapa patut berubah. Memang memeningkan.
Kemudian selepas aku terbaca entri kawan aku sorang ni, aku pun terfikir juga sebenarnya. Adakah aku dah berubah? Adakah kawan-kawan aku dapat kenal atau cam aku ini siapa sekarang? Adakah aku kenal diri aku ini siapa?
Aku rasa aku dah banyak berubah. Aku dah tak reti nak berjenaka sangat seperti aku yang dulu. Aku dah mula menjadi seorang yang dull dan membosankan, mungkin. Dari segi itu, aku memang dah banyak berubah. Kalau dulu aku suka buat benda-benda pelik, sekarang bukan tak suka, cuma dah malas dan tak nampak faedahnya kecuali kalau nak lepaskan tension, itu aku persilakan. Kalau dulu aku suka berbual-bual, sekarang aku rasa aku dah kurang bual, bibir aku dah jadi kecil dan telinga aku dah jadi telinga Dumbo. Tapi ini tak bermakna aku suka mendengar sahaja. Kadang-kadang itu aku malas juga nak dengar, tapi aku lagi malas nak cakap aku malas nak dengar, maka aku dengar sahajalah apa yang orang lain nak mengomel pada aku.
Tapi ini semua mungkin perasaan aku sahaja. Impak yang benar-benar boleh dilihat adalah impak pada hubungan aku dengan manusia lain. Kalau aku seakan-akan tak berubah, mungkin ok lah. Semua orang senang hati. Tapi kalau aku seperti dah berubah, aku harap aku berubah untuk kebaikan dan orang lain tetap akan senang hati dengan perubahan aku ini.
Kadang-kadang itu aku dah sampai tahap IDGAF terhadap apa-apa pun sehingga aku malas nak layan. Namun, aku akan rasa bersalah kalau aku tak endahkan orang lain, jadi aku kuatkan dan tabahkan diri dan layan sahaja. Aku tak kisah lah orang nak kata aku dah lain, aku dah tak macam dulu, I am no fun anymore. Mungkin kau juga yang dah berubah, mungkin tidak. It's all a matter of perspective. Pada pendapat aku, buatlah anjakan paradigma dan cermin diri tengok apa yang cacat cela.
Aku pun sebenarnya tak nak ubah diri ini. Aku masih ada niat dan keinginan nak jadi seorang yang masih boleh bergembira selalu dan berperwatakan kebudak-budakan. Cuma, keadaan, mungkin, dah buat aku jadi orang lain. Maka aku pun ikut sahaja, malas nak lawan. Maybe this is life's way of saying it's time to change, you can't continue life being the same person. It doesn't work that way.
Berubah pun tak adalah berubah sekaligus kan. Mungkin ada beberapa orang yang boleh dan berkemampuan berubah sebegitu, tetapi aku tak berdaya. Aku perasan aku berubah secara kecil-kecilan dan sedikit-sedikit. Kalau dulu aku tak suka makan sayur, asyik makan manisan sahaja, kini aku suka makan sayur dan tak sedap kalau makan tak ada sayur, rasa kosong je. Kalau dulu aku suka tidur lambat main game menyebabkan aku bangun lambat. Sekarang aku suka tidur awal, bangun awal kerjakan apa yang patut. Banyak lagi contoh aku boleh bagi, tetapi tak payahlah. Buat apa.
No comments:
Post a Comment