Sunday, 28 November 2010

Kisah benar sebenar-benarnya.

Aku seorangan di ruang tamu, pagi, awal pagi. Tiba-tiba rasa tak sedap hati, rasa resah, jantung berdegup  120km sejam. Asyik fikir benda bukan-bukan je bila dengar bunyi, padahal hakikatnya tikus sahaja. Tapi memandangkan aku ni ada daya imaginasi yang kuat, asyik senario yang menakutkan atau senario yang membawa kepada macam-macam akibat je yang terpacak dalam otak.

Lalu, aku ambil al-quran, baca surah yasin. Sampaikan masa baca surah yasin pun ada part tu terhenti seketika sebab dengar bunyi yang tak berapa nak encouraging, lantas sambung balik baca sampai habis surah. Alhamdulillah hati rasa tenang sikit. Tapi sekarang, lepas dah tulis balik kejadian tu, otak mulalah fikir benda bukan-bukan balik semula. Haish.

No comments:

Post a Comment