Friday, 5 November 2010

Pernah tak?

Pernah tak rasa  bila kau buat sesuatu tu macam tak ada makna je dalam hidup kau. Macam kau buat benda tu tak ada guna, sia-sia saja. Tapi sebab kelalaian dan kedaifan kau tu, kau tetap buat benda tu sebab kau tak tahu nak buat apa lagi. Kau buat benda tu sebab nak dapatkan kenikmatan.

Aku pernah. Aku buat perkara tanpa niat yang betul, tanpa tujuan yang benar. Sepatutnya aku buat sesuatu kerana Allah dan hanya kerana Dia sahaja yang boleh kita mencari makna dan dapat keredhaan. InsyaAllah, aku boleh dapatkan perasaan bermakna itu dalam apa aku buat selepas ini melalui cara-cara yang betul.

No comments:

Post a Comment