Rindu saat-saat sewaktu aku kecil, hari sabtu ahad hari cuti yang memang cuti. Tak buat kerja, tak ada kerja rumah, asyik fikir hiburan semata-mata. Bangun lambat, lambat mandi, tidur sahaja, bangun pagi tonton kartun, main game, main permainan, main kat luar rumah dengan kawan-kawan, balik petang baju kotor siku lutut luka. Malam tengok kartun lagi. Satu hari tak cukup, hari ahad pun ulang balik apa yang dah buat semalamnya.
Bukan sekarang aku tak beryukur banyak aktiviti yang memang baik dan berfaedah dari segi mengeratkan lagi ukhuwah dan dapat berjalan-jalan tengok pemandangan semua. Aku tak kata aku tak suka, malah aku memang seorang yang suka berjalan-jalan dan paling bersemangat antara yang lain, cuma aku tak tunjukkan tahap enthusiasm aku kat orang lain sebab aku malu dan segan.
Aku hanya nak nyatakan, aku rindu dapat waktu cuti terutama masa sabtu dan ahad.
No comments:
Post a Comment