Sunday, 14 November 2010

From my view.

Aku tak tahulah kalau aku dengan orang sekeliling aku sama pendapat ke tak. Tapi aku rasa aku betul kalau aku cakap aku ni jenis yang tak complain, sangat. Aku tak suka merungut, tapi kalau ada benda macam memang buat aku sakit hati tu, aku nak juga cerita kat orang untuk legakan diri. Apart from that, aku jenis yang memang tak suka complain. Aku tak suka lah nak point out kesalahan atau keburukan sesuatu itu sampai buat orang lain rasa tak sedap hati kat benda tu. Aku tak suka nak rungut hidup orang lain lebih baik daripada hidup aku dan sebagainya. Malas aku nak fikir benda-benda macam itu.

Sebabnya, pada aku, kalau asyik fikir macam tu, kau terlepas pandang pada benda-benda yang boleh buat kau rasa bertuah. You're being pessimistic instead of being optimistic. You're looking at the bad side of things instead of looking on the brightside. Apa guna kalau kau asyik cari kesalahan atau keburukan sesuatu situasi atau perkara kalau kau tak cuba perbaikinya. Asyik merungut sahaja, memang tak ada guna. Bila benda macam tu akan jadi sesuatu yang baik untuk kau? Lepas tu, bila tengok pada keburukan sesuatu tu je, buat kau rasa tak gembira, rasa macam kecewa atau malang je hidup. Lagi lah rasa depressed, sampai mengganggu pemikiran dan mungkin emosi pada saat itu, kalau tak dikendalikan dengan betul-betul. Itulah beza antara orang optimistic dan pessimistic. Orang optimistic fikir benda yang positif walaupun ditimpa musibah pun, kalau fikir benda-benda baik je, sudah tentu lah semangat kau takkan berganjak. Daya hidup kau, daya kerja, daya gembira whatever, takkan berubah, kau takkan terasa nak menyerah kalah sekalipun.

Sebab itu juga, aku tak suka dengar orang merungut. Buat aku rasa macam orang tu tak bersyukur je. Macam malang sangat hidup dia sampai dia rasa sedih, kecewa dan hiba. Sampai dia nak kita simpati kat dia. Macam lah kalau kita simpati kat dia, dia dapat apa-apa. Simpati tu pun bukanlah sesuatu yang zahir, yang boleh dipegang, disentuh, dilihat. Bukannya aku tak nak simpati atas situasi kau yang ditimpa musibah. Kalau kau memang benar-benar ditimpa musibah dan nak luahkan isi hati aku tak kisah, aku sanggup dengar dan tolong in every way that i can. Tetapi kalau kau mula merungut, aku akan rasa macam menyampah je. Kau kena ingat, ramai lagi orang kat dunia ni lebih nasib malang daripada kau. Setakat makanan tak sedap, misalnya, kau rasa orang kat tempat lain dapat tak makanan?

I'm just saying.

Lepas tu orang yang seakan-akan nak buat orang lain rasa teruk sebab dia pun rasa teruk. Seolah-olah dia tak nak orang lain gembira selagi dia tak gembira, selagi dia tak rasa sedap hati, orang lain pun tak boleh. Mungkin perasaan aku sahaja, tapi setiap kali aku buat sesuatu itu, kau tanya soalan kat aku seperti nak buat aku rasa benda aku buat tu tak bagus, padahal tak ada apa-apa pun. Kau tak buat benda tu sebab kau nak hemat, jadi bila aku buat benda tu, kau tanya itu ini sampai aku rasa macam tak nak buat dah benda tu. Kau buat benda yang aku suka dan minat menjadi benda yang aku akan selalu fikir dua kali sebelum aku buat. Sampai tahap macam itu. Ada ke patut? Kau rasa kalau aku buat macam tu kat kau, kau rasa apa?

Aku juga jenis yang tak adalah nak balas dendam kesumat sampai aku rasa puas. Tak adalah macam tu. Tak ada guna nak balas dendam semua ini. Aku percaya setiap benda kita lakukan, tentulah ada pahala dan ada dosa. Nanti sahaja akan diperhitungkan semua itu. Selamat beramal.

2 comments:

  1. eh dude you're already complaining kat atas ni. ahaha

    what a world lah kan.

    nevermind aku dah pun dengar apa kau nak cerita.secara ringkasnye lah. telinga sentiasa ade untuk kau yang termampu untuk aku lah kan.

    lagi satu. pasal makan tuh kan. dorang complain2 makan tak sedap. tapi bedal jugak. hasih . just shut up and eat jelah.

    kita bukan judgemental kan wan.

    ReplyDelete
  2. aahahha apa aku tulis tu kira complain ke? aku rasa itu luahan hati je. takpun nasihat. cewah.

    ok thanks, kau pun kalau ada apa-apa kasi tahu je lah eh.

    ahah tahu takpe, aku pun rasa tak sedap tapi makan je lah. lain kali jangan lah makan benda tu lagi. cari benda lain.

    ReplyDelete