Sewaktu aku di bangku sekolah, aku banyak pindah sekolah. Ok kalau nak kata banyak kali tu tak kot kalau dibandingkan dengan anak-anak tentera, tapi aku boleh dikira banyak kali lah juga transfer sekolah. Maka aku berpeluang buat kenalan baru dengan kawan-kawan baru, atas kehendak Allah. Aku dapat kenal banyak kawan dari pelbagai latar belakang yang bermacam ragam.
Satu sahaja benda yang slack aku buat, benda yang aku rasa aku tak patut buat, benda yang baru sekarang aku sedar aku salah buat, adalah aku membezakan mereka. Misalnya, setiap kali nak keluar jalan-jalan, aku akan keluar dengan kawan-kawan dari satu sekolah sahaja, aku tidak akan campur adukkan mereka. Walaupun waktu yang sama, kawan dari sekolah lain ada masa terluang dan memang berniat nak keluar jalan-jalan. Namun aku takkan ajak sekaligus kawan-kawan dari dua tempat yang lain.
Pada waktu itu, aku fikir, mereka tak layak, kononnya, untuk bergaul sama-sama. Aku takut mereka ada beza pendapat dan aku takut memang tidak boleh ada toleransi. Padahal salahnya di situ adalah pada aku. Aku yang membuat assumption awal-awal siapa yang patut kenal siapa. Macam aku pula jadi coordinator. Padahal hak untuk kenal semua orang adalah hak sendiri. Mungkin, aku takut nanti bila mereka berbaik antara satu sama lain, aku yang dipinggirkan. Mungkin aku takut nanti mereka tidak dapat berbaik antara satu sama lain atas dasar lain sekolah, tempat tinggal, latar belakang dan seterusnya.
Tetapi sekarang, aku sedar akan kesalahan aku. Sepatutnya, untuk menguatkan perpaduan ummah bermula dengan ikatan ukhuwah yang erat. Kalau kita tak kenal orang lain, macam mana kita nak percaya orang lain. Dan kalau kita tak percaya orang lain, macam mana orang lain nak percaya pada kita. Satu perkara yang aku belajar sewaktu program Gegar dianjurkan oleh senior-senior aku, aku belajar bahawa manusia zaman sekarang, terutamanya rakyat islam, tak bersatu padu, tak ada sifat toleransi. Semuanya dipisahkan atas dasar suku kaum, puak, ideologi pemikiran atau nasionalisme. Sebab itulah ramai orang islam yang ditindas. Semua fikir hal sendiri. Kau dengan kau sahaja, biar aku dengan aku.
Macam mana kita nak membangun dari segi umat islam kalau ada perpecahan umat. Macam mana kita nak jadi satu kerajaan islam yang boleh menandingi kerjaan Umaiyah, Abassiyah, Uthmaniyah kalau kita tak terapkan ajaran islam dalam pentadbiran negara yang mencakupi semua hal.
Orang kata kalau nak ubah sesuatu itu, mula dari kecil. Jadi, mulalah dari diri sendiri dan juga orang yang terdekat. Rasulullah dahulu, sewaktu bermulanya islam, baginda menyebarkan kepada orang yang terdekat dahulu. Jadi apa salahnya kita sampaikan apa kita belajar kepada keluarga dan sahabat-sahabat.
Jadi, ternyata cara aku sewaktu aku di sekolah memang salah. Aku mengasingkan kawan-kawan atas dasar perbezaan. Aku sepatutnya kenalkanlah mereka supaya hubungan itu terjalin, supaya kita dapat bersatu. Apa gunanya facebook atau apa-apa social network kalau kita tak guna untuk eratkan silaturrahim. Apa gunanya mesej-mesej berjuta-juta tapi kalau kita tak bual-bual pasal benda yang berfaedah.
Ada satu potong ayat Al-Quran, tak silap aku, mengatakan manusia itu dicipta pelbagai kaum. Maaf dalam bab terjemahan ini belum mahir lagi, tak ingat surah mana. Ke aku yang memang salah. Kalau ada sesiapa tahu tolong kasi tahu eh.
Anyways, manusia itu dicipta pelbagai kaum, tetapi tidak semestinya kita hidup atas dasar assobiyah seperti sewaktu zaman jahiliyyah. Nak ke kita patah balik ke zaman itu?
semuanya telah berbalik pada zaman dahulu azuan. semua yang ada pada zaman dulu yang berperingkat2 itu semua nya ada dalam satu zaman. iaitu zaman kita. zaman fitnah dajjal al-masih. bak kata ayat atas tadi tuh. bermulalah dengan sesekecil perkara. iaitu diri sendiri. mulakanlah perpaduan ummah. supaya kita sama2 boleh menentang fitnah dunia. InsyaAllah. Janji Allah itu benar.
ReplyDeletebetol tuh cloud..zaman skarang nie sme jer cam dlu..kalau diperiksa balik..kita masih lagi diperintah oleh firaun..cume ramai yg x sedar lagi..ya..manusia di cipta dari pelbagai kaum..tp allah x kan ubah nasib sesuatu kaum sehingga lah mereka mengubah nye sendiri..
ReplyDeletewaktu cuti sem 1 aku keluar dgn 4kwn baik aku dr mrsm(2 org) dan sekolah lame(2 org).mula2 aku risau gak if dyorg xdapat nk bergaul mesra.tapi aku silap.aku ajak mereka keluar bersame dan mereka boleh bermesra walaupun baru kenal.permulaan pertemuan aku mcm kelam kabut sebab nk berbual dgn dua2 pihak,tapi last2,kami boleh borak benda yg same.Then mereka add sesame kat fb,dan teruskan persahabatan baru sampai sekrg,bersamalah kita menambah dan mengeratkan silaturrahim. :)
ReplyDelete