Wednesday, 3 November 2010

Yang mana satu harus?

Sekarang ini aku rasa aku patut masuk kursus. Tetapi masalahnya aku tak tahu nak masuk kursus apa. Sama ada kursus Cara-cara nak berjimat cermat ataupun Kursus Tips-tips Diet.

Sebabnya, aku sekarang ini almaklumlah tidak pandai dalam hal-hal berkenaan dengan wang. Aku tidak salahkan sesiapa pun melainkan diri aku sendiri yang tiada inisiatif untuk belajar dan mulakan sikap jimat cermat itu, lebih-lebih lagi waktu begini.

Tetapi pada masa yang sama, sebab aku tak berjimat cermat adalah kerana aku makan banyak. Kebanyakkan duit yang diberikan kepada aku, aku belanja untuk makan dan aku memang seorang yang makan banyak. Bak kata aku, makan ikut mulut bukan perut. Selalunya kalau aku tak ada apa-apa aktiviti yang menggerakkan minda, timbullah nafsu untuk makan, ssemata-mata nak isi waktu kosong.

Maka apabila nak makan itu, haruslah keluarkan wang untuk belanja. Hatta aku dalam dilemma sekarang ini. Mana satu harus menjadi prioriti. Hmmmmm.

1 comment:

  1. Aku rasa kita kena masuk kursus bagaimana nak kurangkan nafsu makan,sbb bila xde nafsu makan,nafsu nak keluar duit untuk makan pun xde.hm okay sekarang kenapa kita?hahaha.sebab duit aku pun habiss sebab asyik MAKAN!!

    ReplyDelete