Thursday, 5 April 2012

Syndrome down.

Kebelakangan ini aku baru perasan yang banyak orang telahpun berkata ataupun memaksudkan atau mengertikan melalui perkataan, perbuatan atau apa-apa sahaja petanda lain yang bisa difahami dengan akal bahawa Allah itu bersama orang-orang yang sabar.

Bahawa Allah itu tidak melihat pada hasil walhal Dia melihat usaha kita. Sebabnya, hasil itu, Allah yang tentukan, tak bukan? Allah yang tentukan apa yang lebih baik bagi kita, sama ada waktu itu kita menginginkannya ataupun sebaliknya. Sama ada kita mengharapkan yang satu dan Allah pula beri kita yang lagi satu.

Sejak aku memikirkan balik kejadian-kejadian baru-baru ini, timbul di benakku satu akal. Barangkali aku ini kecewa dengan hasil. Aku kecewa dengan diri sendiri. Aku kecewa dengan apa yang terjadi sekarang. Barangkali aku mengharapkan yang lebih tinggi yang lebih baik dan aku melihat apa yang aku dapati tidak mencapai cita-cita dan impian aku. Barangkali aku tidak bersyukur dengan apa nikmat Allah dah kurniakan padaku dan apa ujian yang Allah timpakan padaku.

Lantas, itu yang membuatkan aku dengan senyap-senyap menjadi lebih murung. Mungkin tidak kelihatan, namun aku sendiri bisa merasakan dan Allah juga Maha Mengetahui.

Kalau aku berkata-kata sahaja di sini dengan penuh ilmu dan pengetahuan, senang sahaja. Tetapi kalau di dunia realiti aku sekadar di depan laptop, itupun senang sahaja.

Apakah itu lah hakikat dakwah, menulis dan menulis dengan prosa dan kosa kata yang penuh bahasa tinggi sehinggakan meraih respek dan respon orang tetapi di alam nyata hanyalah tinggal kata-kata sahaja?

Hakikatnya medan sebenar adalah lebih mencabar dan memerlukan fokus fikiran dan emosi dan ruhiyah kita. Susah memang susah, senang itu kadang-kadang sahaja. Jadi bila nak senang, asyik hidup dalam kesusahan?

Bukankah dunia itu penjara bagi mukmin dan syurga itu merupakan kampung yang sudah lama para mukmin-mukmin rindukan untuk pulang?  Apakah susah sedikit dibandingkan dengan kesenangan yang kekal kemudian?

Ahh, jangan dengar kata-kata ku. Omong-omong kosong sahaja. Kau tak kenal diri ku siapa. Kau cuba lakukan dahulu untuk merasainya. Lagi senang untuk rasa daripada membayangkan, tak bukan?

No comments:

Post a Comment