Ya, itulah ceritanya.
Aku mengerti benar perasaan itu. Malu tapi mahu berkawan. Malu tapi mahu bertegur. Malu tapi mahu bertemu. Malu, tapi mahu....
tidak, ini bukan soal cinta antara muslimin dan muslimah. Masakan aku yang masih lagi tidak matang dan belum cukup usia(bukan soal angka sahaja) bisa untuk melanjutkan diri ke tahap berikutnya dalam maratib amal. Ini bukan soal, pertemuan antara muslimin dan muslimah yang baru sahaja bertemu dan baru sahaja berputik cinta dan ingin sekali mekar bunganya dengan selaju-lau mungkin.
Tidak.
Ini adalah kisah antara kasih sayang antara muslimin dan muslimin(apa salahanya?) di mana aku baru sahaja sedar aku sayang pada saudara-saudaraku. Baruku sedar bahawa aku sayangnya sehinggakan aku tidak patut meninggalkannya, tidak patut membiarkannya begitu, tanpa ilmu, tanpa didorong dan dibimbing dengan penuh kasih sayang menuju ke Sorga.
Walaupun aku baru sahaja kenal(walhal baru sahaja tegur dan bermuayasyah), namun aku dapat rasakan keakraban, walapun hanyalah sebelah pihak sahaja.
Namun perkenalan yang tidak berapa rapat dan tidak berapa dalam ini tidak menghalang aku untuk mendekatkan diri aku lagi kepadanya. Lantas, dengan tegur salam, senyuman manis, itu sudah kuberikan sebagai insentif dan sebagai tanda untuk kita mulakan lagi sesi ta'aruf kita dengan lebih khusyuk dan ikhlas.
Tatkala aku lambaikan tangan mahupun menanggukkan kepala tanda aku memberi salam(salam tak berbunyi) dan dibalas hanya dengan mata jelinganmu yang malu ataupun belum bersedia untuk memulakan sesuatu persahabatan atas apa-apa dasar macam mana pun, sudah cukup bagiku.
Dan hari ini, kau yang menegurku tanpa jangkaanku, itu aku ambil sebagai petanda, sebagai semangat di mana untuk menyemarakkan lagi impian aku yang sudah sekian waktu merundum gara-gara kurangnya penyucian dan pembersihan hati atas inisiatif sendiri.
Alhamdulillah... Segala puji hanya layak bagiMu.
No comments:
Post a Comment