Tolong ignore sahaja entri-entri sebelum ini yang berbaur emosi yang teramat. Kadang-kadang itu aku memang tak boleh nak jaga perasaan.
Tapi sekarang memang aku masih lagi tidak boleh jaga perasaan aku ini. Aku rasa marah, aku rasa sedih. Apa ni???? Kenapa boleh jadi macam ini? Kenapa orang nak takut sangat dengan Islam dan muslim? Pakai tudung je dilabel terrorist? Ada janggut panjang je dipanggil terrorist?? Maksudnya setiap kali aku keluar rumah, aku ada ikat bom kat pinggang aku??? APA NII????
Ada beza Jihad dengan bom mengebom semua ini. Korang kena faham jihad itu apa. Sedangkan di Palestin itu mereka berjihad kerana melawan kaum-kaum yang memang memusuhi Islam dan cuba nak delete Islam di dunia ini. Cuba bayangkan ada orang datang halau kau daripada rumah kau lepas tu cakap itu tanah mereka, sedangkan mereka lahir entah pelusuk dunia mana entah, tiba-tiba klaim itu tanah mereka. Lepas tu cakap kau bunuh-bunuh mereka itu terrorism. Diaorang tak kira lagi diaorang bunuh keluarga kau, saudara mara kau, kaum kerabat kau, rakan-rakan kau, itu semua atas alasan human error. Apa kau rasa?
Tolonglah, aku mohon, tolonglah mari kita sama-sama menunjukkan kepada mereka Islam yang sebenar. Bukan bom mengebom. Itu bukan Islam pun. Tak ada kena-mengena langsung.
No comments:
Post a Comment