Friday, 6 May 2011

Lonely.

Memang betul apa diaorang cakap, semua itu tidak cukup, yang cukup hanyalah Allah.

Kebelakangan ini aku rasa lonely sangat-sangat. Aku rasa macam ada ruang kosong yang besar dalam diri aku ini. Dan aku baru perasan yang aku dah lama dan banyak melupakan Dia.

Ya, aku dah banyak melupakan Dia.

Kalau sebelum ini aku selalu ingat pada Dia, cuba nak ingatkan orang pada Dia. Sebelum ini aku rasa bersemangat nak ambil masukna-masukan yang best dalam menuju ke Dia. Sekarang entah kenapa aku rasa macam nak lagha sahaja. Aku rasa malas, nak baring atas katil dan tidur tak nak buat apa-apa. Aku rasa macam nak benda-benda lalai sahaja. Dan akhirnya membuatkan aku rasa seperti tin kosong. Aku benar-benar rasa berdosa.

Ya Allah tolonglah ampunkan dosaku Ya Allah. Tiada tuhan melainkan Engkau, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.

No comments:

Post a Comment