Kadang-kadang itu, aku bukannya nak sangat jadi party pooper. Aku bukannya berniat nak potong stim, kacau line, buat keadaan menjadi lebih tension atau tegang atau sengaja nak berperangai macam kacau mood orang sahaja.
Kalau benda itu aku dah nampak salah, aku betulkan kalau benda tu memaksa diperbetulkan. Takkan aku nak biarkan kau hidup dengan kesalahan itu kan. Lainlah kalau kau bercakap dalam bahasa sepanyol dan kononnya aku hebat sangat dalam bahasa sepanyol, kau punya tatabahasa tu salah, aku tak betulkan tak apa, yang penting buah fikiran yang nak disampaikan itu dapat lepas, yakni kalau cakap dalam bahasa apa pun, kalau orang lain faham idea yang kau nak sampaikan itu, maka tak apa kalau tatabahasa tu tunggang langgang.
Tapi ini kalau benda yang memang kena betul, kalau tidak betul, maka tidak sah, ataupun, kalau tidak betul, nanti mendatangkan akibat buruk pada masa akan datang, takkan aku nak biar tak bukan? Maka maafkanlah aku kalau kadang-kadang itu aku ini seakan-akan party pooper, aku pun tak nak. Ingat aku nak ke? Tapi disebabkan tak boleh dibiarkan begitu, maka aku beranikan diri. InsyaAllah.
Minta maaf kalau terkasar bahasa, tersalah tingakah laku, aku kadang-kadang perangai memang macam palat jugak.
No comments:
Post a Comment