Friday, 24 June 2011
Thursday, 16 June 2011
Siklus kurang pandai.
Wow, dah berapa lama aku biarkan blog aku ini berdiri sendiri. Nak dekat sebulan dah aku rasa. Nak kata aku sibuk dengan hal-hal yang sepatutnya, tidaklah juga, ada juga masa yang aku habiskan dengan procrastinating daripada ulangkaji, namun tidak tergerak hati aku untuk meng-log-in untuk tulis entri-entri baru dalam blog ini.
Mungkin sebab banyak yang berlaku pada aku sekarang ini yang aku anggap tidak elok aku ceritakan secara awam di sini, buat paparan umum. Sebabnya isi-isi cerita itu mungkin berbentuk peribadi kan. Hmmm.
Tambahan pulak, sejak dua-tiga hari lepas aku banyak habiskan masa dengan mendengar lagu-lagu M. Nasir. Entah kenapa tiba-tiba jiwa ini meronta-ronta kesepian mencari-cari makna disebalik sebab-akibat yang wujud dalam hidup ini.
Banyak kejadian-kejadian yang terjadi disekitar paksi hidup aku ini yang tidak aku tahu dan tidak aku ambil tahu. Seakan-akan aku hidup di bawah tempurung, satu pulau yang dipagari dengan kejahilan aku sendiri yang tidak langsung berinisiatif untuk berhubungan dengan dunia luar.
Abaikan ayat-ayat aku yang over, memang sengaja direka-reka begitu sebab aku rasa macam ada sesuatu dalam diri aku, dalam benak kepala otak aku ini, yang perlu aku keluarkan dari dibiarkan ia bertumbuh dan membesar dan mengambil alih tugas-tugas hak mengelola diri aku sekaligus mengubah aku menjadi orang yang berbeza daripada orang yang aku bersusah payah nak menjadi.
Tapi aku tahu aku dah berubah, dan aku tahu orang lain perasan perubahan aku yang mungkin pada pendapat aku, ketara sangat kalau nak dibandingkan dengan diri aku yang dahulu. Aku sendiri mengaku aku tak tahu lah berapa lama aku boleh bertahan berkeadaan seperti kini, tapi aku berdoa aku akan dapat beristiqamah dengan semangat dan ilmu yang aku ada walaupun kalau nak dibanding dengan orang lain yang seangkatan dengan aku ini, cumalah busut anai-anai dengan gunung.
Baiklah, aku pun tak tahu aku merapu apa di sini, aku tak tahu nak cakap pasal apa, cuma aku ada keinginan nak menulis, tak kisah lah pasal apapun supaya aku rasa macam otak aku ini berfungsi. Bayangkan belajar dari pagi sehingga petang, setiap hari, lima-enam hari seminggu, kadang-kadang tak faham, kerana bahan-bahan dan intipati subjek pelajaran agak sulit dan juga kadang-kadang kerana bahasanya yang acapkali buat aku rasa muak nak belajar.
Namun, selesai sahaja kuliah, balik bilik, buka komputer riba, tonton cerita-cerita yang mengasyikkan, kerja assignment disiapkan last minute, tergesa-gesa pulak kerja tu. Exam nak dekat, buku tak baca, harapkan pada memori jangka panjang untuk ingat semula waktu kuliah, ketika pensyarah di depan mengajar bahan kuliah.
Benda ini semakin lama, semakin menjadi satu rutin. Menjadi satu putaran. Putaran bodoh orang kata. Buat benda yang sama, dengan tahap komitmen yang rendah tetapi mengharapkan hasil yang hebat-hebat. Kalau dalam pepatah orang putih :
Insanity is doing the same thing over and over again, but expecting different results. - Albert E.
Seperti seekor hamster yang duduk di dalam sangkarnya, di mana ada satu roda buat hamster itu bersenam. Dia ber"lari" bukan main lincah/cepat/tangkas/laju, sampai habis tenaga namun akhirnya dia berada di tempat yang sama sahaja. Tidak bergerak dan beranjak ke tempat lain pun. Menghabiskan tenaga dengan bersenam cepat-cepat melakukan perkara yang tidak berfaedah, atau perkara yang boleh menjadi sesuatau yang bermanfaat tetapi, tidak menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
Macam apa yang aku rasa sekarang dan juga pada waktu sekolah dahulu. Pergi sekolah pagi-pagi balik tengahari petang main, malam tidur. Aktiviti ini didarabkan dengan lima atau enam hari seminggu, kemudian kita tengok hasilnya . Ada peroleh kebaikan ke, kalau tidak betul-betul menghayati apa yang dibelajar? Rasa macam sebuah (seekor?) robot sahaja. Seolah-olah tiada makna dalam apa yang dilakukan ini. Melakukan benda-benda ini hanya kerana aku rasa aku kena lakukan, tak pun hanya kerana mak ayah suruh dan lain-lain.
Seakan-akan aku sudah buntu. Aku sudah menemui jalan yang buntu. Aku seperti tiada tujuan. Apakah tujuan aku sebenarnya?
Namun begitu,
Tahu tak sebelum kita dilahirkan dalam dunia ini, kita sudah membuat satu kesaksian. Buktinya ada di dalam surah Al-Araf ayat 172:
Dalam Al-Quran dah cakap, sebelum apa-apa kita dah bersaksi bahawa "tiada Tuhan melainkan Allah" supaya nanti waktu Akhirat, kita tak boleh nak cakap, "aku tak tahu apa-apa pun", "tak ada kasi tahu aku pun", walhal kita sudah bersaksi sebelum kita lahir malah setiap hari kita bersaksi terutamanya pada waktu solat. Jadi, tiada alasan bahawa nanti kita boleh menyanggah bahawa kita ini tidak pernah tahu tentang perkara ini.
Sesudah bersaksi, sudah tentulah kita harus melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya (secara ringkas). Namun kita masih lagi dalam putaran bodoh tadi itu melakukan perkara-perkara yang tidak bermakna, tidak mendatangkan faedah buat kita walhal Allah dah kasi tahu bahawa:
Nak diingatkan di sini, tiada nilai apa sekalipun diletakkan ke atas perkara-perkara dunia seperti perhiasan, senda gurauan dan permainan , berbangga-bangga dan berlumba mencari kekayaan dan berbangga anak keturunan. Semua itu tidak dipandang tinggi sekalipun. Sudah diberi analoginya di dalam ayat itu.
Hujan yang turun memberi manfaat kepada tanam-tanaman sehinggakan buat para petani rasa kagum dan gembira kerana tanaman mereka bertumbuh. Tetapi akhirnya akan kering jua sehingga menjadi kuning dan setelah itu hancur. Seperti tiada gunanya nak kagum dengan tanaman-tanaman (dunia seperti berbangga-bangga, perhiasan, dan lain-lain) padahal itu semua didapatkan daripada hujan (rahmat, rezeki Allah) supaya mendekatkan diri denganNya. Namun disalahgunakan sehingga akhirnya hancur kerana memang ternyata perkara-perkara itu tidak boleh dibawa ke kubur. Tak ada guna semua itu.
Dan pada akhir ayat dalam surah tersebut dah crystal clear dinyatakan bahawa "Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan palsu". Maka macam tak ada guna lah kau nak berbangga-bangga dengan dunia dan bergembira dengan kesenangan di dunia ini kerana itu semuanya hanyalah palsu. Tetapi ini tidak bermakna kita harus mengabaikan dunia semata-mata untuk akhirat. Dunia itu boleh dijadikan alat untuk kita mencapai matlamat kita.
Dan apa sebenarnya matlamat kita?
Allah. Syurga. Islam ditegakkan di dunia. Sistem kekhalifahan dan Deen Islam yang menjadi asas-asas membentuk hukum-hukum negara. Itulah matlamat kita. Tanpa berusaha dalam mencapai matlamat itu, memang tidak akan tercapailah. Ingat dengan berdoa sahaja, benda itu boleh kita perolehi? Sudah tentulah dengan usaha untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim itu merupakan langkah untuk mencapai matlamat. Kita tidak boleh elak daripada tanggungjawab besar ini.
Apa kita ingat kita boleh lari?
Kita ingat kita boleh lari dari mati ke? Pasti semua yang hidup bernyawa akan mati. Dan nanti akhirnya akan dibangkitkan semula pada hari kiamat dan dihisab amalannya. Siapa yang dapat masuk syurga itu, dia lah menang. Siapa dapat masuk neraka itu... Kehidupan di dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. Apa kita ingat apa kita buat selama ini, Allah tak nampak, Allah tak ingat?
Allah maha mengetahui.
Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya adalah ini:
Sebelum kita lahir, kita sudah lakukan kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Maka kesaksian itu bukanlah hanya untuk disebut sahaja malah untuk diimani juga. Memandangkan kita ini memanglah hambaNya, itu merupakan satu tugas iaitu untuk menegakkan Islam.
Kemudian kita dilahirkan dalam keadaan sempurna ke dalam dunia ini. Dunia yang dikatakan sebagai kesenagan palsu dan juga yang memperdaya. Kalau dah tahu semua ini palsu sahaja dan memperdaya, jangan lah nak terlalu mementingkannya. Namun, ramai yang termasuk dalam putaran bodoh dimana kita melakukan perkara yang sama berulang kali seperti tiada tujuan langsung walhal, kita sudah diberi tugas, diberi tanggungjawab, diberi tujuan. Tidak akan terjadi putaran bodoh ini kalau betul-betul kita sedar.
Kelak kita akan dibangkitkan dan dihisab amalan, takkan kita nak cakap "aku dulu belajar, balik rumah tidur, esok belajar, balik rumah tidur, sabtu ahad keluar jalan-jalan. Macam biasa. Setiap bulan buat macam tu sampai ke tua". Putaran yang tidak membawa makna apa-apa langsung.
Ayuhlah kita keluar dari putaran "black hole" ini yang akan menyedut kita lagi ke arah menjauhiNya.
Maaf kalau terkasar bahasa atau ada nada marah, sebenarnya memang dalam keadaan marah ditulis entri ini. Marah kepada diri sendiri kerana tersekat di dalam putaran kurang pandai ini.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan demikian itu ) agar hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini".(7:172)
Dalam Al-Quran dah cakap, sebelum apa-apa kita dah bersaksi bahawa "tiada Tuhan melainkan Allah" supaya nanti waktu Akhirat, kita tak boleh nak cakap, "aku tak tahu apa-apa pun", "tak ada kasi tahu aku pun", walhal kita sudah bersaksi sebelum kita lahir malah setiap hari kita bersaksi terutamanya pada waktu solat. Jadi, tiada alasan bahawa nanti kita boleh menyanggah bahawa kita ini tidak pernah tahu tentang perkara ini.
Sesudah bersaksi, sudah tentulah kita harus melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya (secara ringkas). Namun kita masih lagi dalam putaran bodoh tadi itu melakukan perkara-perkara yang tidak bermakna, tidak mendatangkan faedah buat kita walhal Allah dah kasi tahu bahawa:
Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman itu) mernjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning menjadi hancur. Dan di akhirat (kelak) ada azab keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan palsu. (Al-Hadid 57:20)
Nak diingatkan di sini, tiada nilai apa sekalipun diletakkan ke atas perkara-perkara dunia seperti perhiasan, senda gurauan dan permainan , berbangga-bangga dan berlumba mencari kekayaan dan berbangga anak keturunan. Semua itu tidak dipandang tinggi sekalipun. Sudah diberi analoginya di dalam ayat itu.
Hujan yang turun memberi manfaat kepada tanam-tanaman sehinggakan buat para petani rasa kagum dan gembira kerana tanaman mereka bertumbuh. Tetapi akhirnya akan kering jua sehingga menjadi kuning dan setelah itu hancur. Seperti tiada gunanya nak kagum dengan tanaman-tanaman (dunia seperti berbangga-bangga, perhiasan, dan lain-lain) padahal itu semua didapatkan daripada hujan (rahmat, rezeki Allah) supaya mendekatkan diri denganNya. Namun disalahgunakan sehingga akhirnya hancur kerana memang ternyata perkara-perkara itu tidak boleh dibawa ke kubur. Tak ada guna semua itu.
Dan pada akhir ayat dalam surah tersebut dah crystal clear dinyatakan bahawa "Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan palsu". Maka macam tak ada guna lah kau nak berbangga-bangga dengan dunia dan bergembira dengan kesenangan di dunia ini kerana itu semuanya hanyalah palsu. Tetapi ini tidak bermakna kita harus mengabaikan dunia semata-mata untuk akhirat. Dunia itu boleh dijadikan alat untuk kita mencapai matlamat kita.
Dan apa sebenarnya matlamat kita?
Allah. Syurga. Islam ditegakkan di dunia. Sistem kekhalifahan dan Deen Islam yang menjadi asas-asas membentuk hukum-hukum negara. Itulah matlamat kita. Tanpa berusaha dalam mencapai matlamat itu, memang tidak akan tercapailah. Ingat dengan berdoa sahaja, benda itu boleh kita perolehi? Sudah tentulah dengan usaha untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim itu merupakan langkah untuk mencapai matlamat. Kita tidak boleh elak daripada tanggungjawab besar ini.
Apa kita ingat kita boleh lari?
Setiap yang bernyawa itu akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan di dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. (Al-Imran 3: 185).
Kita ingat kita boleh lari dari mati ke? Pasti semua yang hidup bernyawa akan mati. Dan nanti akhirnya akan dibangkitkan semula pada hari kiamat dan dihisab amalannya. Siapa yang dapat masuk syurga itu, dia lah menang. Siapa dapat masuk neraka itu... Kehidupan di dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. Apa kita ingat apa kita buat selama ini, Allah tak nampak, Allah tak ingat?
Allah maha mengetahui.
Pada hari itu mereka semuanya dibangkitkan Allah, lalu diberitakanNya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah menghitungnya (semua amal perbuatan), meskipun mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. (Al-Mujadilah 58:6)
Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya adalah ini:
Sebelum kita lahir, kita sudah lakukan kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Maka kesaksian itu bukanlah hanya untuk disebut sahaja malah untuk diimani juga. Memandangkan kita ini memanglah hambaNya, itu merupakan satu tugas iaitu untuk menegakkan Islam.
Kemudian kita dilahirkan dalam keadaan sempurna ke dalam dunia ini. Dunia yang dikatakan sebagai kesenagan palsu dan juga yang memperdaya. Kalau dah tahu semua ini palsu sahaja dan memperdaya, jangan lah nak terlalu mementingkannya. Namun, ramai yang termasuk dalam putaran bodoh dimana kita melakukan perkara yang sama berulang kali seperti tiada tujuan langsung walhal, kita sudah diberi tugas, diberi tanggungjawab, diberi tujuan. Tidak akan terjadi putaran bodoh ini kalau betul-betul kita sedar.
Kelak kita akan dibangkitkan dan dihisab amalan, takkan kita nak cakap "aku dulu belajar, balik rumah tidur, esok belajar, balik rumah tidur, sabtu ahad keluar jalan-jalan. Macam biasa. Setiap bulan buat macam tu sampai ke tua". Putaran yang tidak membawa makna apa-apa langsung.
Ayuhlah kita keluar dari putaran "black hole" ini yang akan menyedut kita lagi ke arah menjauhiNya.
Maaf kalau terkasar bahasa atau ada nada marah, sebenarnya memang dalam keadaan marah ditulis entri ini. Marah kepada diri sendiri kerana tersekat di dalam putaran kurang pandai ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)