Saturday, 30 June 2012

Leading a double life.

Seringkali aku pernah mengalami satu ketika di mana aku merasakan aku ini hidup dua hidup(?). Kalau dalam bahasa inggeris nya, leading a double life. Kalau dalam bahasa melayu nya, aku tak reti nak ungkapkan dalam erti kata yang indah, minta maaf.

Pokoknya, aku rasa seolah-olah aku ini mempunyai dua hidup yang berbeza. Satu hidup di mana aku adalah seperti manusia normal, seperti manusia-mausia lain di luar sana di mana aku menjalani hidup aku dengan biasa yakni dengan bangun pagi, belajar, siapkan tugasan yang diberi, makan, tidur dan lain-lain lagi yang normal. Hidup ini seolah-olah satu hidup di mana aku mengejar sesuatu yang aku rasa tak mungkin dapat aku kecapi. Di mana aku rasa seolah-olah apabila aku sudah tiba di penghujungya, aku tidak akan merasakan sesuatu kepuasan pada diri aku hanya kerana telah dapat menamatkan perjalanannya. Satu hidup di mana arah tujuannya adalah semata-mata untuk diri aku sendiri, for my narcissistic reasons.

Sebaliknya, in my second life, hidupnya amatlah berbeza dengan hidup yang pertama tadi. Hayat ini dipenuhi pancaroba, dipenuhi ujian dan cobaan, dipenuhi dengan melepaskan diri dari belenggu-belenggu yang tidak baik dan mengikat diri pada yang Satu . Di mana aku belajar untuk memikirkan tentang orang lain, dan bergerak untuk membantu manusia lain di mana hidup mereka kurang baik daripada hidup aku. Di mana aku mengerjakan amal-amal yang tidak pernah kukerjakan sebelum ini. Di mana aku belajar untuk mengubah diri aku sekaligus persekitaranku.

Namun, kedua-dua hidup ini seolah-olah dua titik atau jalur yang parallel dan bertentangan. Two parallel lines where they go on and on together but never meet at one point.  Seolah-olah seperti air dengan minyak, tidak boleh bercampur, tidak bisa bergaul, tidak boleh diaduk bersama. Memang ada batasan yang jelas, memang ada sempadan yang tidak boleh diuraikan. Dua hidup yang saling berlainan. Seakan-akan aku harus mengubah diri aku setiap kali aku berpindah hidup. Seakan-akan aku harus memakai identiti yang berbeza untuk aku muatkan, mennyesuaikan diri aku dengan persekitaran dan kehendak hidup tersebut.

Koq bisa begitu?

Makanya, itulah persoalan yang menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dan juga lebih-lebih lagi rasa amatlah berdosa. Berdosa bukan dari segi hukumnya, tetapi dari sisi aku menipu diri aku sendiri malah menipu persekitaran aku, semata-mata dalam rencana untuk mengharmonikan diri aku dengan keadaan persekitaran dan suasana yang berbeza.

Contohnya mudah sangat.

Katakan aku ini seorang manusia. Maka aku akan tetap menjadi seorang manusia walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun, tak bukan? Walau aku masih dewasa, ataupun masih muda. Walau dalam rumah atau di tempat-tempat awam. Walau aku bekerja atau dalam keadaan beristirehat. Walau aku masih mempunyai semua nikmat deria dan pancaindera ataupun sebaliknya dengan adanya cacat pada tubuh atau pada fikiran dan emosi. Aku tetap aku menjadi manusia. Aku tidak bisa menjadi haiwan, aku tidak bisa menjadi mikroogranisme atau tumbuhan atau idea-idea abstrak. Aku tetap nyata di dunia realiti, aku tetap manusia, tidak berubah pada hakikatnya.

Sama sepertinya kita ini seorang muslim. Apakah kita hanyalah muslim apabila kita bersama orang-orang bukan muslim? Apakah kita ini hanya pada ibadah solat dan juga apabila waktu di dalam masjid malah pada waktu kelas-kelas pendidikan Islam sahaja? Tidak. Kita adalah muslim di mana ktia berada, pada bila-bila waktu sahaja dalam apa jua keadaan. Melainkan, nauzubillah.

Jadi hakikat itu, tidak berubah.

Itu dalam konteks yang mudah untuk difahami. ekarang konteks yang aku maksudkan sebenarnya adalah hidup seorang daie. Kita sebagai daie, tidak boleh pisahkan hidup tersebut dengan kerja yang lain. Daie itu bukanlah satu pekerjaan yang di mana kita bangung pagi, pergi kerja, buat kerja, pulang ke rumah, maka tanda nama "daie" itu kita tinggalkan di ruang kerja sahaja. Sesungguhnya tidak.

Bila kita sudah bergelar daie, nama itu, identiti itu, risalah itu akan kita bawa ke mana-mana sahaja dan kita bawakan kepada sesiapa sahaja, tidak mengira usia, jantina, warna kulit, latar belakang dan lain-lain lagi. Apa yang kita kira adalah usaha kita untuk menyampaikan risalaha kita itu, tak bukan?

Maka apabila sudah bergelar mahasiswa, tidak sepatutnya timbul isu di mana kita menjadi separa pelajar dan half-time daie, tak bukan? Adakah kita ini juga half-time muslim? Islam itu bisa dikongsikan dalam apa juga keadaan. Sedangkan Islam itu merupakan agama yang syumul, kamil dan mutakamil, samalah dari segi kita menterjemahkannya dalam amalan dan pertuturan kita. Islam itu bukanlah pada ibadah solat sahaja, walhal pada belajar, sosial, gaya hidup, adab, kerja, undang-undang, ekonomi dan sebagainya. Maka dengan itu tidak timbul isu bahawa apabila ingin kita bicarakan tentang islam dan apa-apa yang berkaitan dengannya, hanyalah pada waktu kelas pendidikan agama ataupun paling kurang di dalam masjid-masjid dan ruang-ruang solat sahaja.

Apakah kita tidak mengintegrasikan amalan-amalan islam dalam kehidupan seharian kita? Apakah kita masih lagi tidak nampak aplikasi islam itu terletaknya di mana, bidang apa?

Justeru, janganlah kita bezakan, pisahkan, bataskan. Luas terbentang perangkat-perangkat amalan-amalan yang boleh kita laksanakan. Janganlah sempitkan definisi yang sudah Allah beri makna yang luas dan jelas dan tidak menyeleweng buat kita. Amanah dan tanggungjawab perlu kita pegang dan lakukan dengan enthusiasm dan ikhlas.


Leading a double life isn't that glamourous and adventurous as it is supposed to be according to the life of espionage.

No comments:

Post a Comment