Saturday, 30 June 2012

Keluarga restoran.

Waktu selepas SPM dahulu, aku berpeluang untuk mengembangkan repertoire aku yang tidak seberapa. Aku sempat menceburkan diri dalam pekerjaan part-time di salah sebuah restoran yang dikenali lah jugak.

Nak kata restoran itu paling orang gemar kunjungi, aku rasa tidak, tetapi cukup terkenal sehingga kalau aku sebut nama restoran itu, orang tahu lah apa makanan yang dihidangkan dalam menu dia.

Tapi nama restoran itu tidak penting. Sepertimana banyak kisah-kisah yang kita pelajari, nama itu tidak penting. Apa yang penting? Kerjasama. Eh, maksud aku, yang penting, ibrah atau pengajaran yang boleh kita pelajari dari kisah-kisah tersebut.

Dan kisah ini, bermula begini.

Waktu aku mula-mula bekerja di restoran tersebut, aku kira, semuanya akan seperti biasa. Kerja ikut shift, cukup bulan dapat gaji, kemudian bolehlah belanja. Itu sahaja. Namun, dalam kenaifan aku itu, aku tidak sedar, bahawa kerja aku itu, memerlukan komitmen yang tinggi.

Ya, memang semua kerja, paling kurang pun, memang memerlukan komitmen, tekad, nekad, usaha...

Tetapi maksud aku disini, komitmen yang diperlukannya adalah sangat luar biasa, bagi aku. Waktu awal-awal aku mula bekerja, aku dan beberapa rakan aku yang baru bekerja di tempat itu, dipilih untuk menjalani satu kursus. Kursus dia, aku lupa kursus apa tetapi di dalam kursus itu, dia kumpulkan beberapa pekerja-pekerja lain dari cawangan lain, dan diadakan satu kursus, untuk satu hari. Kiranya, kursus ini adalah untuk beginners.

Pada waktu ini, kami sempat berkenal-kenalan dengan pekerja dari cawangan lain, malah bertukar pengalaman (kononnya). Pada waktu ini, pertama-tamanya, apa yang aku ingat, adalah sesi berkenal-kenalan yang ala-ala team-building. Tak hairanlah kan. Aku sangka perkara ini mestilah biasa, supaya dapat meningkatkan lagi efektiviti kerja dengan melakukan satu aktiviti yang boleh mendekatkan dan melengkapkan keterikatan antara pekerja-pekerja yang bekerja dalam satu workspace yang sama, apatah lagi bagi yang memang memerlukan satu kerjasama antara satu dengan yang lainnya.

Kemudian, kami diberi satu penjelasan tentang latar belakang dan sejarah  mengenai restoran tempat kami bekerja itu. Kami diterangkan tentang asal usul restoran itu, bagaiaman ia tertubuh dan siapakah yang mengasaskannya. Apa inti-inti penting yang ingin diterjemahkan atau ingin disampaikan oleh pengasas restoran itu melalui pembukaan cawangan-cawangan restoran tersebut. Tujuan, cara kerja, sejarah, the usual.

Setelah pening lalat, walaupun keterangan yang disampaikan itu jelas padat dan begitu ala-ala entrepeneurship, kami disajikan dengan makanan free, courtesy of, restoran tempat kami kerja itu.

Kemudian, disambungkan dengan penjelasan cara kerja kita dan kenapa kita perlu buat begitu dan begini. Aku hampir lupa kesemua isi-isi ceramah yang diberikan, cuma satu isi yang menarik minat aku adalah konsep follow-up dalam konteks kita bekerja sebagai pelayan di restoran, terutamanya restoran itu.

Sebab salah satu tujuan restoran itu ditubuhkan adalah untuk menyediakan makanan-makanan wholesome untuk disajikan kepada keluarga-keluarga. Makanan wholesome dalam erti kata makanan yang sepatutnya orang masak di rumah, tetapi boleh didapati di restoran ini, terutama bila orang-orang rumah tidak memasak di rumah atas sebab-sebab sendiri.

Jadi, mestilah untuk melawan competitor restoran lain, dia harus menyediakan satu pelayanan yang lain dari yang lain. Yang teristimewa, yang aneh tetapi asli. Dan bagi aku, konsep follow-up itu sendiri.

Konsepnya, sebagai seorang pelayan, apabila tibanya customer atau tetamu, dia akan pilih tempat duduknya. Jadi di dalam restoran itu ada zona-zona yang setiap pelayan bertanggungjawab menjaga, dan jikalau ada tetamu di situ, maka dia haruslah melayani tetamu itu. Maka dia kenalah ambil pesanan dari tetamu tersebut dan dia haruslah amanah dalam mengambil pesanan itu. Kenapa aku berbunyi skema sebegini? Sebab konsep yang diajarkan kepada kami, apa yang aku mengerti dari kursus itu adalah seperti ini. Maka secara teorinya, memang kita harus berkelakuan sebegini, sebagai pelayan. Secara teori. Tetapi kalau secara realiti, mungkin berbeza, tertakluk kepada sikap, sifat dan perangai pelayan zaman sekarang. Itu cerita lain.

Baik. Pesanan sudah diambil, makanan sudah tersedia dan sudahpun disajikan kepada tetamu. Jadi, untuk membezakan restoran ini dari restoran yang lain, pelayan itu harus memainkan peranan yang sangat penting dalam membuat tetamu rasa seperti dilayani, seperti dihargai yakni konsep follow-up itu.

Jadi, tugas pelayan itu, setelah menghantar pesanan tetamu, kita perlu kerap menziarah tetamu itu dan tanyakan khabar mereka di ruang makan mereka. Maksudnya di sini, tanyakan, bagaimana makanannya, adakah menepati citarasa yang dipesan, ada apa-apa yang ingin ditambah, ada apa-apa yang kurang, dan sebagainya. Pokok pangkalnya, kita harus membuat dia rasa selesa, dan kita yang pada awal tadi sudah melayani dia, kita yang harus bertanggungjawab kepadanya, bukan pass kepada orang lain. Lebih-lebih lagi kalau pelanggan itu merupakan pelanggan yang selalu dan kerap datang makan di restoran yang sama. Maka tugas pelayan itu adalah mengenali dengan lebih dekat dengan pelanggan tersebut, seakan-akan kita bersahabat dan kita melayani mereka.

Itu satu konsep yang bagi aku merupakan satu konsep unik yang dipraktis dan dilakukan oleh pekerja di restoran tersebut. Sepatutnyalah.

Justeru itu, kalau di restoran, kerja sebagai seorang pelayan makanan pun dah mempunya tugas seperti itu, apatah lagi kerja yang sebagai pelayan masyarakat. Kerja untuk mengubah masyarakat kepada kebaikan, kerja seorang Daie.

Hatta, seorang Daie harus bertanggungjawab kepada mad'unya atau mutarabbinya, terutamanya yang bergelar murabbi. Mereka harus ambil tahu, dan nak tahu semuanya tentang mutarabbi-mutarabbi di bawahnya itu. Dia harus ambil berat dan menganggap tugasnya sebagai pembimbing dan pengajar dan penyayang adalah satu amanah, bukannya satu beban. Dia harus melaksanakan tugas khalifahnya yakni menangkap orang masuk ke dalam kandang ibadah, sebagai satu bentuk ibadah juga, dan juga sebagai satu ibadah yang dia gemar.

People say, do it with passion.

Konsep follow-up itu bukanlah satu konsep yang asing dalam arena dakwah dan tarbiyyah. Satu konsep yang memang mengikut sunatullah, menurut saya. Kerana kita ini berhadapan dengan manusia, dan manusia harus dibimbing, tetapi dibimbing dengan emosi, dengan hati. Lebih-lebih lagi dengan kasih sayang. We are not robots, darling. Tarbiyyah itu juga bukanlah sesuatu yang kaku, yang harus ikut silabus to the letter. Yang penting, ikhlas, yang penting, elemen hati dan penghayatan, tak bukan?

Sama sahaja dalam konsep dakwah. Kita dah berdakwah susah payah kepada orang ini, haruslah ktia bertanggungjawab ke atas nya. Bukannya setelah kita dakwah kepadanya, tegur dia salah itu ini, kita tinggalkan dia untuk betulkan kesalahan dia. Kalau ktia berani menegur, kita harus berani membimbing juga. Kita harus bertanggungjawab untuk membantu dia mengubah diri dia ke arah kebaikan. Kalau tidak, setakat menegur, maksudnya kita belum lagi pada tahap kita benar-benar bertekad ingin membantu saudara-saudara kita. Kita harus berani follow-up. Pupuk benih yang sudah kita tanam. Semaikannya pada masa akan datang, setelah menjadi satu pohon yang besar megah berdiri menjulang ke langit.

As always, everything begins with tarbiyyah.

No comments:

Post a Comment