Monday 22 September 2014

Salamatul sadri

Kalau tidak kerana berlapang dada, sudah lama aku mengeluarkan kata-kata kesat.

Kalau tidak kerana aku sudah membenci untuk kembali ke zaman dahulu, sudah lama aku mengamuk dan marah.

Kalau tidak kerana aku sudah ditarbiyyah dan sedang cuba untuk berubah dan menjadi lebih baik, sudah lama aku mengungkit dan menuding jari siapa yang berbuat onar.

Kalau tidak kerana ukhuwwah dan itsar, sudah lama aku berkira dan tidak berbelas kasihan dan lepas tangan dalam apa jua keadaan pun.

Sedang cuba bersabar dan masih lagi bertahan, tapi tidak tahu bila dan bagaimana kalau dapat sampai ke penghujung. 

Moga-moga aku dapat mengawal nafsu, menjaga akhlaq dalam apa jua keadaan, dan Allah ampunkanlah dosa aku yang berlambak ini sehinggakan mencemari qalbu aku dari berlapang dada dan bersabar.

No comments:

Post a Comment