Bersyukurlah wahai anak-anakku. Bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kamu. Sedarlah betapa bertuahnya kamu ini kalau dibandingkan dengan orang lain yang tidak bernasib baik. Kamu kena juga bandingkan dengan orang-orang seperti itu supaya kamu sedar, setiap hari itu satu hadiah yang diberi kepada kamu. Setiap hari itu kamu diberi peluang untuk berbuat pelbagai perkara.
Wahai anak-anakku, berhentilah merungut. Belajar menerima keadaan. Bukakan hati kamu itu. Bukakan minda kamu itu. Kamu masih lagi muda. Sepatutnya kamu dahaga ilmu, lapar pahala. Maka janganlah tutup peluang kamu itu untuk berbuat perkara-perakar sedemikian. Belajar cinta akan sesuatu atau seseorang itu walaupun pada awalnya kamu tiada apa-apa perasaan yang baik pun terhadapnya.
Belajarlah berdikari, bersabar dan sebagainya. Sesungguhnya suatu hari akan datang di mana kamu akan rasa bersyukur sangat kamu sudah belajar bab-bab tersebut di dalam subjek hidup ini. Ingatlah bahawa kamu bukanlah lagi budak kecil, kamu bukanlah lagi anak yang dibelai sehingga tidur, disusu sehingga sendawa, disuap sehingga kenyang. Kini, itu semua kamu kena buat sendiri.
Tetapi kamu bukan bersendirian. Kamu kena sedar ramai lagi di sisi kamu yang sanggup membantu kamu, Ramai di sisi kamu yang memerlukan pertolongan kamu. Belajar percaya antara satu sama lain. Belajar menyayangi orang lain, orang baru, orang yang tak mungkin kamu pernah terfikir untuk mengenali. Sesungguhnya, apa yang kamu buat itu, kelak akan berbuah dan berbunga. Kamu juga yang akan mendapat manfaatnya.
Sementara kamu bergelar pelajar, maka janganlah kamu tutup minda kamu, kecilkan skop pelajaran kamu. Fahamkan bahawa walaupun kamu sedang belajar sesuatu yang spesifik, tetapi tidak bermakna, kamu tidak perlu belajar, atau tidak boleh belajar benda lain. Jangan kolotkan pemikiran kamu. Do not be so narrow minded. But do not be so open-minded as well, especially to things that will not have any good significance.
The world is your playground. Start playing little child. Play your best.
No comments:
Post a Comment