Tuesday, 17 August 2010

Who am i?

Aku ni apa bagi kau? Aku ini siapa bagi kau?

Adakah sebab bilangan tidak cukup, maka, termaktublah dalam peraturan halimunan akta mengarut bahawa sudah menjadi tanggunjawab aku untuk menjadi hamba abdi kau, untuk mengisi ruang kosong. Niche. Baru sahaja nak kenal, cool-cool, buat pe'el pula. Kau ingat aku ni apa?

Aku tak nak lah cakap banyak, tapi kalau macam ini perangai kau, kau tak rasa ke memang padan dengan apa yang kau dapat sebagai balasan? Bukan aku yang bagi balasan itu. Balasan itu datang secara naturally. Bukan salah aku.

Aku rasa macam kau, atau kau orang ini, expect sesuatu daripada aku. Tapi sepatutnya, orang yang kau, atau kau orang perlu expect adalah diri sendiri. Bukan orang lain. Kenapa pula aku kena capai standard kau? Kenapa pula aku kena puaskan hati kau sedangkan hati aku pun tak puas lagi.

Seriously main point aku sekarang ni, kau siapa, apa kau nak daripada aku, perlu dan wajib ke aku sediakan keperluan tersebut, tak ada orang lain ke selain aku, kalau aku tak laksanakan tugas itu maka aku sahaja yang bersalah, berdosa dan aib?

Sakit hati juga dibuatnya, kenapa pula kau yang sensitif berlebihan. Aku tak berhak ke nak rasa sensitif juga? Semua ini bukan salah aku atau kau, semua ini situasi, tetapi kau serta-merta anggap aku yang buat masalah.

2 comments:

  1. ko rase ape motif manusia ada perangai???
    sebab ape kiter menguji kesesuaian dengan org lain?
    macam mane manusia nak kenal hati budi orang lain???
    macam ape yg ko bebel ni laa awan....
    ader org nak kenal... then dyer pon nak ko kenal dye sama... salah ker???

    ReplyDelete
  2. ahahha tak salah. cuma ada level nya. ada step nye. ada jalan kiranya. untuk aku, aku tak suka sangat orang yang baru kenal, tapi dia layan aku macam dah lama kenal. bagi masa lah nak kenal, bukan tak boleh kenal. tapi betul gak cakap kau, mungkin salah aku tak kasi dan tak nak kenal dia kan.

    ReplyDelete