Aku memang tidak dapat lari lagi daripada menggunakan bahasa melayu. Bukan aku tak suka atau tak nak atau anti bahasa melayu, cuma aku nak praktiskan berkomunikasi berbahasa inggeris memandangkan bahasa inggeris menjadi bahasa perantaraan di institusi pelajaran tinggi. Mostly anyways.
Tapi akhirnya, aku akan berbalik kepada bahasa melayu juga. Aku sudah suka berbahasa dalam bahasa native aku. Tiada salahnya kan.
Motif sebenar aku ingin tulis entri ini adalah aku nak cakap yang aku dah bagaikan hidup seperti orang-orang nomad. Hidup di suatu tempat untuk jangka masa yang lama tapi tak lama. If you know what i mean. Semakin besar, semakin jauh aku berada, in relation to home.
Sebelum ini aku tak fikir sangat, malah tak nak fikir sangat pasal balik rumah. Aku tiada keinginan pun untuk pulang. Tapi sekarang, sejak diberi peluang, aku rasa tak sabar nak pulang dan jumpa keluarga. Aku sedar, keluarga itu suatu institusi sosial yang penting dan patut dijaga.
Satu insiden yang membuat aku terfikir dan rasa sedih dan sedar betapa pentingnya ada relationship, especially ikatan yang berlandaskan darah dan genetik, adalah apabila lecturer aku tanya soalan yang mendalam sewaktu minit-minit akhir kuliah:
"Sempena esok puasa ni, saya ucapkan selamat berpuasa. Dah telefon mak ayah kamu? Bagi sesiapa yang masih ada mak ayah tu telefon lah".
Aku sentap sejenak. Maka, serta-merta selepas keluar dewan kuliah tu, aku telefon ibu aku. Sedap hati dengar suara yang familiar itu berkumandang di speaker telefon bimbit aku. Walaupun untuk sementara waktu sahaja tempoh sesi telefon itu, aku rasa tenang sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment