Barangkali aku banyak dosa, banyak yang perlu aku perbaiki dalam diri aku ini sebelum aku nak menyampaikan kepada orang lain. Sebab itulah aku banyak konflik dalaman dan luaran. Banyak dilemma yang aku temui dalam kehidupan seharian aku yang memerlukan keimanan yang teguh, hamasah yang tinggi, sabar yang kuat, amal yang berterusan di mana semua ciri-ciri itu dijadikan perisai bagi aku dari melakukan perkara-perkara yang berdosa baik besar dan kecil.
Dari iman yang teguh, secara tersendirinya kita akan mencerminkannya melalui akhlak kita. Kalau kita benar-benar beriman sepenuhnya pada yang Esa, sudah tentu benda lain itu, secara otomatis tidak akan mengganggu fikiran kita. Kita percaya bahawa ini semua ketentuan Allah, kita redha dengan aturanNya, kita berharap pada Dia sahaja, dan kita bersyukur sentiasa diberi nikmat Islam.
Namun itulah dilemma yang aku lalui dalam hidup sehari-hari di sini. Banyak konflik, banyak persoalan, banyak tindakan yang menimbulkan keraguan, yang menunjukkan pada diri aku ini bahawasanya aku ini masih lagi tidak layak, masih lagi perlu mentarbiyahkan diri aku ini, masih lagi perlu tingkatkan keimanan dan amal.
Secara tidak langsung, mungkin kerana kekuatan iman aku yang rendah, aku tidak dapat nak menyampaikan dengan sepenuhnya kepada sahabat-sahabat yang aku sayangi. Mungkin kerana amalan aku yang masih lagi kurang, aku tidak dapat untuk menerima kritikan, kutukan, pengabaian yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja.
Banyak kali terlintas di fikiran aku ini yang memujukkan aku supaya "berhentilah kau daripada melakukan kerja ini kerana kau ini masih lagi banyak noda dan dosa. Kau layak ke nak ceramah kat orang, kau siapa. Adakah ilmu yang ada di dada, amal yang dah kau lakukan tu cukup ke? Adakah iman kau itu sudah cukup mantap? Ibadah kau cukup sahih? Aqidah kau benar?"
Namun, walaupun aku masih banyak noda, aku terlalu cintakan jalan ini, terlalu cintakan sahabat-sahabat aku, terlalu cintakan nikmat yang Allah sudah berikan kepada aku dalam menempuh jalan ini. Walaupun aku memang tidak layak sejuta kali pun, aku tetap nak lakukan perkara ini. Walaupun banyak kali aku berniat nak berhenti, nak menyerah, berikan obor api ini kepada orang lain, namun, hati aku tak sanggup nak lepaskan tanggungjawab ini. Aku terlalu suka dengan jalan ini, aku terlalu rindu dengan jalan ini kalau aku meninggalkannya. Aku terlalu takut nanti hidupku tidak akan seceria segembira sebahagia hidup aku sekarang yang dipenuhi dengan muka-muka yang semuanya mencari keredhaan Allah bersama-sama. Allahurobbi, tetapkanlah aku dan sahabat-sahabat aku di dalam jalan ini. Tetapkanlah iman kami, peliharalah iman kami.
"Kita ajak dan menyampaikan bukan kerana kita ini bagus dan hebat, tetapi kita ajak orang ini sebab kita nak selamatkan diri KITA sendiri dan juga diri ORANG lain, kalau tidak nanti kita juga yang dipertanggungjawabkan."
But that doesn't change the fact that i need to increase my amal. Please Ya Allah give me strength.
Barangkali ini adalah balasan. Barangkali ini adalah ujian.
No comments:
Post a Comment